Akaun Instagram Rihanna digantung kerana gambar separuh bogelnya?
Gempak
Mei 27, 2014 10:33 MYT
Mei 27, 2014 10:33 MYT
Akaun Instagram peribadi milik bintang R&B, Rihanna, telah dibekukan berikutan masalah teknikal yang dihadapi dalam laman sosialnya itu.
Sebelum itu, penyanyi 26 tahun kelahiran Barbados yang mula hit dengan lagu Umbrella itu, telah mencetuskan kontroversi apabila memuatnaikkan gambarnya yang kurang sopan.
Gambar yang kurang sopan itu menampilkan dirinya dalam keadaan separuh bogel yang mana ianya telah dipaparkan dalam majalah lelaki Perancis.
Disebabkan gambar itu, Rihanna telah dipaksa untuk memadamkan semula gambar tersebut kerana ia telah melanggar polisi syarikat sosial media untuk tidak menyiarkan gambar-gambar yang bersifat erotik.
Namun, pihak pengurusan Instagram menafikan bahawa masalah teknikal yang wujud itu mempunyai kaitan dengan gambar yang dimuatnaikkan itu.
Sebaliknya, mereka memberitahu bahawa akaun Instagram Rihanna itu secara tidak sengaja telah terperangkap dalam sistem akaun yang dibekukan fungsinya dan ianya berlaku secara automatik.
"Kami memohon maaf di atas kesulitan yang tidak disengajakan ini," katanya pihak pengurusan Instagram.
Akaun Instagram peribadi Rihanna memiliki pengikut seramai 12 juta dari seluruh pelusuk dunia.