Ajai kongsi kemunculan terbaharu Hafiz Suip, peminat luah rasa rindu

Gempak
Julai 24, 2024 05:30 MYT
Hafiz akan bersama Ajai dalam menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friends yang akan berlangsung 3 Ogos depan. - Gempak
Komposer dan penyanyi Ajai mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemunculan terbaharu penyanyi bersuara mantap, Hafiz Suip, baru-baru ini.
Kemunculan Hafiz Suip
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ajai memuat naik video yang memaparkan Hafiz melaksanakan latihan nyanyian dengan mendendangkan lagu Ku Akui di studio.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah juri Gimme The Mic Malaysia itu turut menitipkan sokongan buat pelantun lagu Awan Nano itu.
Doa Ajai Buat Hafiz
Menurut Ajai, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Hafiz.
Brother sentiasa mendoakan untuk kamu… agar kamu sentiasa dipelihara Allah.
You must be strong brother, we love you.
My brother is back, Insya-Allah,” tulis Ajai.
Peminat Teruja
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut meluahkan rasa teruja melihat Hafiz yang sekian lama menghilang itu.
“Thank you abang Ajai bawa Hafiz kembali, rindu betul nak dengar Hafiz nyanyi,” tulis netizen.
“Sebak dengar Hafiz nyanyi,” komen netizen lain.
Come back bro, you are the best, thank you Abang Ajai bagi peluang dekat dia,” tulis netizen lagi.
“Alhamdulillah semoga terus bangkit mewarnai industri,” komen netizen.
Untuk info, Hafiz akan bersama Ajai dalam menjayakan Konsert By Ajai & Mega Friends yang akan berlangsung 3 Ogos depan.
Terdahulu, nama Hafiz kembali menjadi sebutan ramai apabila mendakwa penyanyi itu sedang berdepan masalah rumah tangga.
Spekulasi bertambah kencang apabila Hafiz juga bertindak menyahaktifkan akaun IG miliknya.
Nama Hafiz juga turut menjadi perhatian apabila terpalit dengan pelbagai spekulasi mengenai keadaannya susulan fizikal tubuhnya yang susut.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.
*Artikel disiarkan di Gempak
#Ajai #Hafiz Suip #kemunculan semula #Awan Nano #konsert