PENYANYI dan komposer, Aizat Amdan, 33, selamat bernikah dengan pilihan hati, Elyssa Alia Ilias, 34, di Puchong, Selangor, pada jam 9.17 pagi tadi.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara Ilias Moiden dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan.
Pada majlis itu, Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
Pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan lima dulang. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Aizat yang popular dengan lagu Sungai Lui itu bersyukur majlis yang dirancang itu lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang tidak putus mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Alhamdulillah, segalanya telah selesai dan berjalan lancar. Jadi selepas ini, apa-apa yang saya lakukan perlu dibuat berdua.
“Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua. Dan saya juga berharap kami dapat bina sebuah rumah tangga yang sihat dari segi agama dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Elyssa berkata, dia dan Aizat merancang untuk ke Tulum, Mexico bagi berbulan madu.
“Kami sebenarnya ada lokasi impian kami iaitu Tulum, Mexico. Jadi ketika Aizat ke Los Angeles untuk bekerja nanti, kami akan ke sana insya-Allah.
“Impian saya adalah untuk ada villa dan sekolah menyelam. Jadi tempat itu adalah lokasi kami rasa bagus untuk memulakan idea ini. Saya sukakan tepi pantai kerana ketenangan,” katanya lagi.
Selesai majlis pernikahan itu, majlis resepsi pasangan itu diadakan di lokasi yang sama pada jam 11.30 pagi.
Aizat dan Elyssa kali pertama berkenalan ketika Elyssa yang bekerja sebagai penyampai radio RAKITA menemubual Aizat. Dari perkenalan itu, Elyssa juga banyak membantu kerjaya seni Aizat.
Istimewanya, Aizat turut menghadiahkan lagu Hanya Kita Dua untuk menghargai isterinya itu.
Lagu itu sudahpun berada di semua platform digital dan lirik video boleh ditonton menerusi saluran YouTube Aizat Amdan.
Gempak
Sun Aug 14 2022

Pada majlis pernikahan hari ini, Aizat menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300. - Foto Gempak

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

COVID-19: Tolong duduk di rumah! - Selebriti tempatan ajak rakyat Malaysia prihatin keadaan semasa
Selebriti tanah air ajak rakyat segenap lapisan supaya menuruti gesaan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu bendung COVID-19.