Aishwarya Rai - simbol keanggunan
T K Letchumy Tamboo
Jun 15, 2013 10:30 MYT
Jun 15, 2013 10:30 MYT
Pengeluar jam tangan mewah, Longines semalam telah melancarkan butik pertamanya di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.
Butik tersebut telah dirasmikan oleh pelakon Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan selaku Duta Elegence Longines.
Dinobatkan pemenang Miss World pada 1994, Aishwarya kekal sebagai ratu cantik. Beliau telah menjadi duta Longines lebih 13 tahun.
Beliau berkahwin pada 2007 dengan Abhishek Bachchan dan pernah berlakon dalam beberapa filem Hollywood termasuk ‘Bride and Prejudice’ dan ‘The Pink Panther 2’.
Aishwarya, dalam satu temubual eksklusif bersama AstroAWANI, berkata beliau amat berterima kasih dengan peminatnya di seluruh dunia.
Beliau turut berkata makanan pedas di Kuala Lumpur sama enaknya dengan makanan di India.
Tontoni Astro AWANI di saluran 501 untuk temuramah penuh bersama Aishwarya yang akan disiarkan tidak lama lagi.
Sementara itu, saksikan koleksi gambar yang dirakamkan semasa pelancaran semalam.