Aishah Sinclair terima khabar sedih ketika baru mula tugas di konti MIX

Afiq Ariffin
Februari 18, 2020 11:16 MYT
Aishah yang mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan menerima perkhabaran duka itu daripada ibunya. - Gambar Instagram Aishah Sinclair
PENYAMPAI radio dan pelakon, Aishah Sinclair dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk ke udara di konti stesen radio MIX pada jam 5.48 pagi tadi sebelum mendapat berita sedih mengenai abangnya, Ashraf.
Aishah yang mengendalikan program MIX Breakfast bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan menerima perkhabaran duka itu daripada ibunya.
Perkara itu dikongsikan rakan penyampai Rod dan Prem dalam program berkenaan awal pagi tadi.
“Aishah tiba sebelum pukul 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu,” katanya.

Our condolences go out to the MIX Breakfasts @AishahJennifer, who just lost her older brother, Ashraff Sinclair this morning. Our thoughts and prayers are with their family and friends during this hard time. pic.twitter.com/zlWl8ljFaY

— MIX (@mixdotmy) February 18, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambahnya lagi, sebaik menerima khabar itu, Aishah yang terkejut terpaksa bergegas pulang untuk mengambil penerbangan ke Jakarta bersama ibu bapanya.
Malah, Aishah juga dimaklumkan bahawa Ashraf meninggal dunia ketika sedang tidur.
Ashraf meninggal dunia pada awal pagi Selasa kira-kira pukul 3.45 (waktu tempatan) akibat serangan jantung di Hospital MMC, Jakarta.
Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.
Beliau mengahwini penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dan mula mencipta nama sebagai pelakon di Indonesia sejak daripada itu.
#Aishah Sinclair #Ashraf Sinclair #Hospital #Indonesia #Jakarta #konti #meninggal dunia #mula tugas #penerbangan #serangan jantung
;