Aishah kongsi jadual padat di GV10 dari Isnin hingga Ahad, ini rupanya yang berlaku
Gempak
September 30, 2023 17:12 MYT
September 30, 2023 17:12 MYT
UNTUK bertanding dalam sesebuah program itu bukanlah satu kerja yang mudah termasuklah All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Tidak hanya menyanyi, para bintang juga memiliki komitmen lain yang harus dilaksanakan setiap minggu.
Perkara itu juga diakui oleh salah seorang bintang GV10 iaitu Datuk Aishah.
Menurut Aishah, tidak semua orang tahu cabaran apa yang dilalui oleh setiap bintang di belakang tabir GV10 saban minggu.
Disebabkan itu, Aishah menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkongsi serba sedikit perkara dan juga jadualnya bermula dari Isnin hingga Ahad.
“Untuk anda yang mungkin nak tahu cerita behind the scene dan jadual kami peserta All Stars GV ni saya nak ceritakan.
“Adalah sedikit kelainan antara peserta. Isnin, semua balik ke sarang masing-masing, penat tak boleh bawak bincang.
“Saya tak boleh tidur sampai jam 3 pagi kerana tak puas hati dengan persembahan sendiri. Jam 5.30 dah bangun dan tak boleh tidur dah.
“Minggu ini saya meeting pre-production dengan team Astro Isnin kerana Selasa nak kena muncul dekat Meletop.
“Selasa, selalunya hari pre-production meeting. Di situlah segala keputusan persembahan masing-masing di rancang.
“Nak background apa, prop apa, nak pakai dancer ke, apa-apalah. Juga ada sesi temu bual capsule dan jumpa Tok Ram.
“Rabu, untuk saya, ini hari personal rehearsal dan jumpa vocal coach, discuss dengan coach kita.
“Khamis, selalunya untuk saya adalah hari memastikan segala kelengkapan dah pack kerana saya tinggal agak jauh dari wisma MBSA. Saya check in hotel yang berhampiran pada hari Jumaat.
“Jumaat, selepas solat Jumaat, staggered rehearsal dengan band. Setiap artis ada slot ikut masa ditetapkan.
“Kemudian ada shoot VT yang bertema selepas rehearsal pertama. Untuk saya, saya buat fitting baju konsert,” kongsinya.
Malah kata Aishah, semakin dekat dengan hari konsert mingguan semakin berdebar perasaannya.
Bukan apa, katanya semuanya kerana mahu memastikan segalanya berjalan dengan lancar dan dapat memberikan yang terbaik di pentas GV10.
“Sabtu, call time 1 tengah hari. Camera and lighting run through. Jam 6 petang mula make up. Jam 7.30 make up and wardrobe check.
“Kalau ok semua tak apalah, kalau tak team Astro akan beritau apa yang perlu ditukar atau di adjust. Dressing room di atas jadi memang akan turun naik turun naik.
“Jam 9 malam full dress rehearsal. Lepas full dress rehearsal akan ada briefing feedback setiap peserta oleh Tok Ram.
“Lepas itu baru habis aktiviti Sabtu. Selalunya selepas jam 12 malam.
“Ahad, call time 2 petang. Akan ada run thru dan apa-apa masalah musik dan lain-lain, masa inilah ditukar last minute.
“5.30 petang dah mula make up. 7.30 dipanggil lagi untuk make up and wardrobe check. 8.30 malam turun untuk konsert.
“Lepas konsert ada masanya ada PC lagi dengan press. So that you all tau... Rasanya saya akan lebih kurus lagi macam ni,” jelasnya.
All Stars Gegar Vaganza menampilkan Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).
Enam lagi nama yang dipilih adalah menerusi hot seat iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein.
Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam. -Gempak
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.