Aish baik-baik dengan baba, jangan lupa bonda - Isteri pertama Ude

Gempak
Disember 15, 2017 14:01 MYT
Sejak akhir-akhir ini laman sosial Instagram (IG) Intan Liana, isteri pertama kepada pemuzik bebas, Ude Wahid, dibanjiri entri berbaur emosi.

SEJAK akhir-akhir ini laman sosial Instagram (IG) Intan Liana, isteri pertama kepada pemuzik bebas, Ude Wahid, dibanjiri entri berbaur emosi.

Entri-entri yang dimuat naik Intan turut mengundang tanda tanya dalam kalangan pengikutnya dan sudah tentulah ia dikaitkan dengan statusnya sebagai madu kepada pelakon Izreen Azminda.
Ada juga pengikut Intan di IG mengaitkan kesedihan Intan adalah disebabkan dia terpaksa berpisah dengan anak sulungnya Arish Muqri, 3.

Menerusi komen-komen pengikut Intan, dipercayai Arish kini tinggal bersama bapa dan ibu tirinya berdasarkan beberapa foto yang dimuat naik di IG Ude Wahid.

Di ruangan tersebut juga, pengikut meminta Intan bersabar dan terus kuat menghadapi ujian daripada Allah SWT serta tidak mengalah demi anaknya.
Mungkin kerana tidak pernah berpisah dengan Arish yang manja dengan panggilan Aish itu menyebabkan Intan sentiasa merindui anaknya itu.
Beberapa muat naik di IG Story Intan juga sudah cukup untuk menggambarkan betapa hati seorang ibu sedang memendam perasaan.
Terdahulu, kira-kira empat hari lalu, Ude turut memuat naik entri ‘#SABAR’ di IGnya dan menulis kapsyen “Hebat permainan awak..” disertai dengan hashtag #lakonanhebat #koboletipusemuaorg #koxboletipudirisendiri #lameakudiam #akuperhatijedulu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan entri tersebut ditujukan kepada siapa.

Foto: Instagram Intan/Ude Wahid

#Arish Muqri #IG Story #Instagram #Intan Liana #Izreen Azminda #Ude Wahid #udewahid
;