Air mata Alif Satar tumpah di penjara
Astro Awani
Jun 4, 2019 20:40 MYT
Jun 4, 2019 20:40 MYT
JARANG sekali penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar berkongsi sisi sedih dalam kehidupannya.
Lazimnya, setiap kali memuat naik apa sahaja entri di laman Instagram, Alif lebih banyak bercerita hal-hal yang membahagiakan.
Perkongsian Alif sebelum ini, tidak banya menggembirakan diri sendiri dan keluarganya, bahkan turut menjentik emosi yang sama dalam kalangan 2.3 juta pengikutnya di laman sosial itu.
Namun, sebaik berbuka puasa hari terakhir, Alif telah memuat naik sedutan video rakaman takbir raya ketika kunjungannya ke Penjara Sungai Buloh, Selangor beberapa hari lalu.
Dalam sedutan video itu, air mata Alif bercucuran yang menggambarkan kesedihan artis berusia 28 tahun itu sukar dibendung.
Berdasarkan kapsyen dalam Instagram itu, Alif memberi gambaran kesedihannya terpaksa berpisah dengan bulan penuh kemuliaan, Ramadan yang menutup tirainya hari ini.
"Semoga kita bertemu Ramadhan lagi..." kata Alif sambil memberitahu pengikutnya rakaman penuh takbir berkenaan boleh ditonton di saluran YouTube peribadinya.