Ainan Salsabiela nama anak sulung Ainan Tasneem

Gempak
Mac 11, 2018 09:18 MYT
Menerusi entri terbaru di Instagram (IG), penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Kamu itu turut menjelaskan maksud di sebalik keindahan nama Salsabila.
PENYANYI Ainan Tasneem memilih nama Ainan Salsabiela Mohamad Ariffudin untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 2 Mac lalu.
Menerusi entri terbaru di Instagram (IG), penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Kamu itu turut menjelaskan maksud di sebalik keindahan nama Salsabila.
"Assalamualaikum semua, nama saya Ainan Salsabiela Binti Mohamad Ariffudin.
"Maksud nama saya ialah 'Mata Air di Syurga', sama maksud lebih kurang dengan nama Ummi saya. Doakan saya menjadi anak yang solehah ya semua.
"Indahnya nama 'Salsabila' ini adalah kerana ianya adalah mata air di syurga, yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi)," tulisnya.
BACA: Ainan Tasneem selamat lahirkan bayi perempuan
#Ainan Salsabiela Mohamad Ariffudin #Ainan Tasneem #anak #bayi #Instagram #syurga