Aina Abdul idam peraga busana rekaan Tsyahmi, Mugler di permaidani merah Met Gala

Asyraf Roslan
September 16, 2021 07:57 MYT
Aina Abdul tetap akan terima pelawaan untuk ke acara tersebut meskipun pada saat-saat akhir. -Foto Instagram Aina Abdul
BEBERAPA hari lepas, media sosial “kecoh” dengan kembalinya acara fesyen terbesar, Met Gala.
Sudah tentu ia menarik perhatian netizen kerana acara kutipan dana tahunan untuk Metropolitan Museum of Art's Costume Institute di New York City telah dibatalkan pada tahun 2020 dek pandemik COVID-19.
Lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang ahli kumpulan Blackpink, Rose turut hadir ke majlis tersebut bersama Pengarah Kreatif Yves Saint Laurent, Anthony Vaccarello.
Selain Rose, antara selebriti lain yang turut hadir memeriahkan Met Gala ialah Emily Blunt, Kendall Jenner, Anya Taylor-Joy, Lupita Nyong’o dan Shawn Mendes.
Perkembangan acara itu bukan sahaja diikuti peminat-peminat antarabangsa, malah peminat di Malaysia juga turut sama memberikan pandangan dan komen-komen menarik mengenai busana yang digayakan oleh selebriti yang menghadiri acara tersebut.
Tak kurang juga, ada yang bertanyakan jika artis Malaysia diberi peluang, siapakah yang layak untuk melintasi permaidani merah itu.
Antara jawapan yang keluar daripada netizen ialah Fazura, Mimi Lana, Didie Alias dan juga pelantun lagu Maybe, Aina Abdul.
Nama Aina disebut-sebut kerana beliau dilihat sesuai untuk memperagakan fesyen adi busana dan membawa nama Malaysia ke acara tersebut.

Kalau Malaysia buat Met Gala, menang kat Aina Abdul la.

— ajibtoo (@cheajibsayang) September 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

she's deserves at all .. pic.twitter.com/a4YF5fmV4s

— HFSY (@y0urb4byb0i) September 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

MY QUEEN <333 @ainaabdulmusic https://t.co/hV1tjdQ6on pic.twitter.com/yGXSTdE4aY

— KAYY (@ay4mgepuk) September 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aina Abdul @ainaabdulmusic cause shes extraordinary! https://t.co/UIRkd6opNa pic.twitter.com/NjyF8w22G0

— (@aimsyakirin) September 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Aina jika dia diberi peluang untuk menghadiri acara tersebut, dia tidak akan teragak-agak untuk menerima peluang tersebut meskipun pada saat-saat akhir.
“Sudah tentu, 100 peratus saya akan cakap ya walaupun saya menjadi pilihan pada saat akhir, saya sangat berbesar hati untuk hadir ke acara tersebut,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu "Sumpah" ini turut menyatakan ingin memakai busana daripada Tsyahmi sekiranya dia mendapat jemputan ke acara tersebut.
“Kalau saya dapat pergi ke sana, saya nak pakai rekaan Tsyahmi.
"Tapi kalau diberi peluang untuk memperagakan rekaan daripada pereka antarabangsa, saya akan pilih Mugler,” ujar Aina semasa dihubungi Astro AWANI.
BACA : 'Aina Abdul merupakan gabungan tiga emosi lagu'
Dalam perkembangan lain, penyanyi berusia 28 tahun yang berasal dari Negeri Sembilan ini juga baru sahaja melancarkan single terbaharunya yang berjudul Aina Abdul pada Khamis.
#Met Gala #Aina Abdul #TSyahmi #acara fesyen terbesar
;