Aiman, Zahirah temui kejujuran dalam hubungan

Astro Awani
Disember 17, 2018 11:31 MYT
Aiman dan Zahirah mula menjadi perhatian apabila masing-masing secara terbuka berkongsi gambar berdua di laman sosial.
AKTOR terkenal, Aiman Hakim Ridza tidak lagi menyembunyikan kisah cintanya dengan pelakon Zahirah MacWilson
Secara terbuka di laman Instagram peribadinya, Aiman berkongsi fasa-fasa manis yang sedang dilaluinya dengan pelakon itu.
Bahkan, pelakon tampan itu juga mengakui, hubungannya dengan Zahirah berlandasakan kejujuran.
“Setiap apa yang kita lakukan perlu jujur dan saya ikhlas dengan apa yang saya buat.
“Jika ditanya mengapa saya memuat naik gambar kami berdua di Instagram sebelum ini, ia kerana hubungan saya dan Zahirah (MacWilson) jujur,” kata Aiman seperti dilaporkan portal Berita Harian.
Aiman bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya bilakah hubungan cinta dengan Zahirah mula berputik.
Zahiran turut sependapat dengan Aiman bahawa dia juga sangat jujur dalam hubungan itu selain berpendapat kekasihnya itu merupakan jejaka terbaik yang ditemuinya.
“Kami masing-masing menemui yang terbaik. Seperti Aiman, saya juga jujur dalam hubungan ini,” kata Zahirah lagi.
Pasangan Aiman dan Zahirah mula menjadi perhatian apabila masing-masing secara terbuka berkongsi gambar berdua di laman sosial.
Kedua-duanya memberi bayangan sedang menjalin hubungan mesra.
Aiman dan Zahirah juga tidak lagi menyembunyikan kemesraan mereka apabila mula tampil berdua di khalayak.
#Aiman Hakim Ridza #pasangan kekasih #pelakon #Zahirah MacWilson
;