SEBANYAK lima kategori baru bakal dipertandingkan dalam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) yang bakal dianjurkan pada 11 Disember 2016.
Lima kategori tersebut ialah ‘Lagu Muat Turun Paling Tinggi, ‘Lagu Strim Paling Tinggi’, Video Muzik Rasmi Paling Tinggi Ditonton di YouTube, ‘Lagu Nada Dering Pemanggil Jualan Paling Tinggi’ dan ‘Penyanyi Malaysia Terbaik’.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM22, Roshim Hashim, penambahan lima kategori baru dilakukan bersesuaian dengan landskap industri muzik tanah air masa kini.
“Kategori-kategori baru ini diperkenalkan dalam AIM22 untuk mencerminkan pasaran muzik semasa. Ia juga untuk mengiktiraf syarikat-syarikat rakaman yang memberi sumbangan yang cukup besar kepada ekosistem industri muzik tempatan.
“Sebelum ini tidak ada satupun kategori AIM yang mengiktiraf syarikat-syarikat rakaman. Tetapi mulai tahun ini, empat daripada lima kategori baru ini bakal memberi penghargaan kepada mereka yang layak.
“Ia juga memberi pelang kepada orang ramai untuk terlibat dengan lebih dekat dengan AIM melalui penjurian awam untuk kategori anugerah ‘Penyanyi Malaysia Terbaik’,” katanya sewaktu sidang media pengumuman AIM di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur.
Sebanyak 24 kategori penuh yang bakal dipertandingkan tahun untuk Anugerah Industi Muzik edisi yang ke-22.
Tambah Roshim Hashim, AIM22 turut menggugurkan kategori bagi anugerah ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara’.
“Kami mahu memberi tumpuan kepada pengiktirafan artis-artis tempatan. Langkah ini selari dengan objektif AIM22 untuk memberi keutamaan kepada muzik tempatan,” ujarnya.
Selain itu, penyanyi yang tersenarai dalam Top 5 untuk kategori ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam lagu (Lelaki)’ dan ‘Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)’ secara automatik layak bertanding untuk kategori ‘Penyanyi Malaysia Terbaik’.
Sistem penghakiman anugerah terdiri daripada penggiat-penggiat muzik dan pakar-pakar dalam bidang yang berkaitan dilantik selain diadili oleh ketua juri yabg berpengalaman dan dihormati.
Syarat kelayakan pencalonan untuk angeurah AIM22 untuk lagu/album dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris ialah yang telah dikeluarkan di Malaysia dari 1 Julai 2014 hingga 30 Jun 2016 serta tempoh pencalonan dibuka pada 29 Jun 2016 dan berakhir pada 29 Julai tepat jam 5 petang.
Untuk maklumat lengkap mengenai kriteria dan boring pencalonan AIM, layari www.aim.org.my
Gempak
Thu Jun 30 2016
AIM kali ini mahu memberi tumpuan penghargaan dan pengiktirafan kepada bakat tempatan sepenuhnya. - Foto Astro Gempak
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
AIM umum dana khas RM50 juta bantu usahawan wanita India
Dana RM50 juta menggunakan dana dalaman AIM akan memberi manfaat kepada lebih 7,100 sahabat usahawan India yang baharu.
KUSKOP mudahkan urusan pinjaman usahawan, bantu hadapi kenaikan harga barang
KUSKOP melalui pebagai agensinya, mengambil pendekatan memudah cara urusan pinjaman perniagaan kepada usahawan mikro yang terkesan dengan kenaikan kos dan harga barang.
Jaringan keselamatan sosial diperluas kepada Sahabat Usahawan AIM
AIM dan Perkeso memeterai MoU bagi memperluas jaringan keselamatan sosial kepada penerima biaya atau Sahabat Usahawan AIM menerusi caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
KKAIMB sumbang RM50,000 bantu asnaf di Pulau Pinang
Koperasi Kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KKAIMB) memperuntukkan sebanyak RM50,000 sebagai sumbangan zakat kepada 250 asnaf di seluruh Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
1,677 usahawan AIM, Tekun terima Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
Ia khusus untuk mangsa banjir besar Disember tahun lalu dan banjir pada Feb 2022 yang melanda Pahang, Kelantan dan Terengganu.
2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.
AIM turunkan caj pengurusan 2 peratus untuk empat skim pembiayaan
Penurunan caj daripada 10 peratus kepada 8 peratus itu akan berkuat kuasa selama dua tahun mulai 2022 hingga 2023.
Shabudin Yahaya dilantik Pengerusi AIM baharu
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu pernah dilantik sebagai hakim mahkamah syariah sebelum menjawat jawatan Pengerusi Felcra Berhad.
Lajim Ukin kini ditidurkan akibat jangkitan COVID-19 - Sumber
Menurut sumber, Lajim ditidurkan sekitar jam 2 petang tadi selepas 12 hari dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah.
AIM lanjut tempoh moratorium sehingga 31 Ogos - Lajim Ukin
Bagaimanapun, Sahabat AIM yang ingin membuat pembayaran balik pinjaman masih boleh berbuat demikian dengan kaedah tanpa tunai atau online banking.