Ahmad Idham bikin panas di Twitter

Astro Awani
Januari 31, 2014 17:50 MYT
Pengarah dan penerbit filem, Ahmad Idham mencetuskan kemarahan peminat filem tempatan di Twitter apabila membuat satu kenyataan yang dilihat menyinggung dan memperkecilkan peminat filem keseluruhannya.
Ahmad Idham antara lain membuat komen yang membawa maksud "kalau belum buat filem sendiri, jangan kritik filem orang lain."
Kenyataan Ahmad Idham itu bermula sebagai pergeseran pendapat antara beliau dengan kurator akaun Twitter @twt_filem Ashraff Mokhtar, seorang pelajar Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara Cawangan Lendu, Melaka.
Pergeseran pendapat mereka bermula apabila Ashraff menulis mengenai satu forum yang dihadiri oleh Ahmad Idham di UiTM itu yang segera mendapat reaksi daripada Ahmad Idham.

Ahmad idham masa dtg uitm lendu haritu, dia cakap dia nak ajar filem untuk pasaran malaysia. bukan untuk menang award. lol

— twt_filem / Ashraff (@twt_filem) January 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tulisan Ashraff tu mendapat reaksi segera daripada Ahmad Idham.

@Ahmad_Idham: @twt_filem ada masalah ke dgn isu itu?” tak ada, cuma tak rasa ke kita perlu tingkatkan kutipan sejajar dengan kualiti?

— twt_filem / Ashraff (@twt_filem) January 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pertanyaan Ashraf itu kemudiannya mengundang respons daripada Ahmad Idham sehingga membawa kepada satu kenyataan yang disifatkan keterlaluan.

@twt_filem awk ni tak faham industri sebenarnya.Sila dtg bengkel sy utk faham. Jgn sedap tweet kalu diri sendiri belum penuh ilmu industry

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@twt_filem selagi awk tak pernah keluar duit sendiri utk terbit filem. Jgn nak kata diri dah boleh berbicara pasal industri.

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 30, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan Ahmad Idham itu mendapat reaksi daripada peminat filem tempatan yang rata-ratanya merasakannya sebagai tidak wajar kerana sebagai penonton yang mengeluarkan wang untuk tiket di pawagam, mereka berhak untuk berkata sesuatu tentang filem yang mereka tonton.

Ternanti2 tweet bodoh apa lagi yg akn di buat oleh @Ahmad_Idham utk hari ni dlm usaha memesongkan pemikiran umum pasal industri film. Lol

— Effi Obefiend (@1Obefiend) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

People like Ahmad Idham is the main reason our film industry will never mature. Bad directors makes bad films. Period.

— Khabir (@KhabirM) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

"Kau tak pernah buat filem, tak layak komen/kritik pasal industri filem." - Ahmad Idham, 2014

— F▲LIQF▲HMIE (@faliqfahmie) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bila Ahmad Idham suruh kita buat filem sendiri, serupa Safee Sali suruh kita main bolasepak sendiri.

— z u l f o™ (@zulfo123) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selagi kami yang keluar duit untuk beli tiket wayang, rasanya kami yang makan gaji ni masih ada hak nak komen pasal filem.

— FatinRazali (@patenrazali) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun 'geram' Ahmad Idham terhadap kurator @twt-filem pada Khamis tidak berhenti setakat itu saja. Dia sebaliknya terus membangkitkan isu yang sama pada Jumaat.

Ternanti2 tweet bodoh apa lagi yg akn di buat oleh @twt_filem utk hari ni dlm usaha memesongkan pemikiran umum pasal industri film. Lol

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sy kenal sgt golongn mcm @twt_filem ni.Kebanyakannnya nerd yg jiwa kosong dan kecewa dgn diri sendiri.Laman social lah tpt mrk tunjuk pandai

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sy cadangkan @twt_filem tukar ke twt_sekonkol. Bila kronj punya film tweet berbagai sampai buat MDO lagi. Tapi hakikatnya produser menangis.

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tak perlulah taksub sgt dgn @twt_filem ni dik oi. komuniti dia org pun makan gaji je, belum tentu boleh bagi job kat korang. #facts

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sy cadangkan komuniti @twt_filem pakat kumpul duit ramai2 n terbit sebuah film dulu. Lepas lalui pengalaman tu barulah layak ckp pasal film

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setakat baru duduk belajar n makan gaji je.. Jgn berani bercakap pasal industri. Hanya sekadar memalukan diri sahaja wahai @twt_filem

— Ahmad Idham Nadzri (@Ahmad_Idham) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pengasas dan pengendali @twt_filem, Ajami yang dihubungi oleh Astro AWANI menjelaskan platform itu dibuka untuk membolehkan peminat dan penggiat filem berkongsi pandangan dan idea untuk memperkayakan pengalaman dan pengetahuan.
"Kebanyakan mereka yang pernah jadi kurator terdiri daripada pembikin filem muda, pengkritik serta penulis skrip yang berkongsi pengalaman mereka," katanya, dan menambah ini adalah kali pertama seorang siswa filem diberi peluang untuk memberikan pandangan daripada perspektif yang baru.
Antara yang pernah mengendalikan ruangan itu termasuk jurukamera Raja Mukriz Raja Ahmad Kamaruddin; pengarah KIL, Nik Amir Mustapha; penulis skrip Magika dan Hikayat Merong Mahawangsa, Amir Hafizi serta pengarah filem pendek Hujan Panas, Nadiah Hamzah
"Saya terbuka dan mahu Ahmad Idham jadi kurator untuk dua minggu sama seperti mereka yang lain, jika dia sudi," kata Ajami yang membuat jemputan itu secara terbuka melalui Twitter.

salam @Ahmad_Idham saya sebagai ADMIN @twt_filem menjemput saudara untuk jadi kurator seterusnya supaya boleh berkongsi pendapat, ok bro?

— Ajami Hashim (@ajamiha) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad Idham tidak memberi maklum balas kepada jemputan itu.
Tidak lama kemudian, seorang pengguna Twitter yang tentunya mengikuti perbalahan itu sejak awal kemudiannya pulang paku buah keras kepada Ahmad Idham selepas pengarah filem itu merungut mengenai mutu perkhidmatan sebuah restoran makanan segera.

@Ahmad_Idham jadi pekerja Kenny Rogers dulu baru ckp org tk reti kerja

— ulfaghazali (@ulfaghazali) January 31, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahmad Idham adalah pengarah filem seperti Remp-It, Jangan Pandang Belakang, Congkak dan Jangan Pandang Belakang Congkak serta Adnan Sempit.
#Ahmad Idham #filem #Twitter
;