Afieq Shazwan selamat jalani pembedahan ketumbuhan

Sinar Harian
Oktober 7, 2018 10:32 MYT
Afieq Shazwan. Foto Instagram
PENYANYI dan pelakon, Afieq Shazwan, 21, dilaporkan kini stabil selepas menjalani pembedahan sekitar jam 8.30 pagi di Hospital Columbia, Klang, pada Sabtu.
"Alhamdulillah Afieq telah selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di bahagian belakang (punggung sebelah kiri).
"Pembedahan mengambil masa setengah jam dan Afieq dibius separuh badan sepanjang pembedahan.
"Keadaan Afieq sudah stabil dan doktor menasihatkan Afieq supaya mendapatkan rehat yang cukup selama 2 minggu sehingga pulih luka pembedahan," ujarnya kepada Sinar Harian.
Pada masa sama, pemenang tempat ketiga program Big Stage itu turut merakamkan penghargaan kepada peminat dan mereka yang mengambil berat terhadap kesihatannya
"Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua. Afieq amat menghargai semua sokongan yang diberikan," ujarnya lagi.
#Afieq Shazwan #Big Stage #ketumbuhan #pelakon #Pembedahan #penyanyi
;