Afdlin Shauki positif COVID-19: "Allah mahu saya rehat ..."
Gempak
Februari 14, 2022 13:58 MYT
Februari 14, 2022 13:58 MYT
PELAKON dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki reda apabila disahkan positif COVID-19.
Menurut Afdlin, dia sudah pun dijangkiti virus tersebut sejak beberapa hari lalu dan mula merasakan simptomnya.
“Maaf semua dah dua hari kena dan simptom makin menjadi cuma tiada sesak nafas lagi setakat ini,” katanya.
Khabar tersebut dikongsinya menerusi hantaran terbaru dalam Instagram semalam berserta paparan skrin status MySejahtera terkini.
Pun begitu, Afldin menganggap dugaan yang menimpanya itu hikmah supaya dia dapat berehat dan lebih menjaga kesihatannya.
“Maaf kalau tak dapat jawab panggilan atau balas mesej. Aku rasa Allah SWT mahu aku rehat sementara
“Enam orang dari team (pasukan) aku kena selepas dua tahun lebih bertahan dari terkena COVID-19. Harap maaf atas kesulitan, tapi sekarang tiba masa untuk aku jaga diri aku,” tulisnya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan agar pelakon filem Papadom itu bertabah dan segera sembuh seperti sedia kala.
“Keep strong my bro! Moga tak ada kemudaratan apa2..,” tulis dalam salah satu komen
“Cepat sihat semoga dipermudahkan segalanya untuk abang,” doa netizen.
Artikel asal ini diterbitkan di Astro Gempak