AF2014: Wawa pelajar pertama tersingkir

Azyyati Ahmad
September 15, 2014 11:05 MYT
Lagu 'Wajah Kekasih' nyanyian Wawa tidak berjaya menambat hati juri. - Foto Fail
Wawa, atau nama sebenar Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi pelajar pertama tersingkir dalam program realiti Akademi Fantasia musim ini.
Bersandarkan lagu Wajah Kekasih yang pernah dipopularkan Datuk Siti Nurhaliza, nyanyian dan persembahan Wawa ternyata gagal memikat hati penonton dan diumumkan antara tiga pelajar yang mendapat undian terendah pada konsert kali ini selain Farez dan Muna.
Penyingkiran pelajar yang berasal dari Banting, Selangor itu diumumkan oleh hos #AF2014, Faizal Ismail dan Zizan Razak.
Untuk minggu kedua, para pelajar mendapat tugasan menyanyikan lagu-lagu yang pernah popular pada era 90-an.
Antara pelajar yang mendapat undian tinggi minggu ini dari Hafiz dan Stacy selaku Juri Juara adalah, Adel (Kalau Mencari Teman), Nina (Zombie), Muna (Diam Diam Jatuh Cinta), Ewal (Ada), Firman (Gerhana Cina Luka), Zarif (Di Sana Menanti Di Sini Menunggu) dan Nuha (Jika Aku Kau Miliki).
Pelajar lain adalah Farez (Langkah Seiringan), Azwan (Bernafas Dalam Lumpur), Ziha (Kau Yang Istimewa dan Aman (More Than Words).
Minggu ini, Azwan mendahului pelajar lain apabila mendapat peratus tertinggi dari pengundi iaitu sebanyak 35 peratus.
Konsert dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan Nico serta Amy Mastura yang juga juri jemputan pada minggu ini.
Dengan penyingkiran Wawa itu, kini tinggal 11 orang pelajar yang akan meneruskan perjuangan sehingga bergelar juara.
Konsert kedua #AF2014 bersiaran secara langsung pada Ahad di Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA).
#AF2014 #hafiz #juri #minggu kedua #Stacy #Tersingkir #Wawa
;