AF Megastar: Setiap kali naik pentas saya bagai dirasuk - Idayu

Gempak
September 4, 2017 16:00 MYT
Idayu, 32, berkata dia terharu kerana sudah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan penonton yang ramai.
BINTANG AF Megastar, Idayu akui tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata ketika sedang beraksi di Konsert AF Megastar Homecoming,malam tadi.
Idayu, 32, berkata dia terharu kerana sudah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan penonton yang ramai.
"Sebenarnya saya rasa persembahan saya agak teruk sedikit tadi kerana terganggu apabila tidak dapat menahan sebak lalu menangis.
"Saya rasa terharu sangat apabila dapat menyanyi di atas pentas yang besar dan di hadapan penonton yang ramai.
"Dah lama saya tidak beraksi di hadapan penonton yang ramai ia satu penghargaan buat saya," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: #AFMegaStar trending dengan Bob, Idayu dan Marsha antara paling menyerlah
Idayu yang membawakan lagu Inggeris, Hurt daripada Christina Aguilera itu mendapat tepukan serta sorakan yang gemuruh sepanjang persembanhannya di dalam dewan.
Semua penonton yang kagum dengan nyaniannya turut berdiri hormat usai persembahannya.
Mengulas mengenai persembahannya lagi, Idayu memberitahu dia sudah memberikan yang terbaik.
"Saya harap persembahan saya kali ini dapat membuka mata juri dan penonton tentang bakat yang saya ada selama ini.
"Setiap kali naik atas pentas saya akan bertukar menjadi orang lain dan ia seolah-olah seperti dirasuk.
"Itulah sebab saya boleh fokus dalam persembahan saya," katanya lagi.
Konsert AF Megastar Homecoming pada minggu hadapan bakal menentukan 12 bintang yang akan terpilih dan mara ke konsert AF Megastar seterusnya.
AF Megastar yang dikemudi oleh Dato' Aznil Hj Nawawi itu akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan www.afmegastar.com.my jam 9malam, setiap hari Ahad.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#AF Megastar #Astro #Aznil Hj Nawawi #Bob #Christina Aguilera #Homecoming #hurt #konsert #Marsha
;