Aeril dan Wawa rahsiakan perkahwinan kerana status kontrak dengan MIG

Astro Awani
Oktober 12, 2013 19:12 MYT
Aeril Zafril dan Wawa Zainal menyatakan mereka terpaksa merahsiakan perkahwinan mereka kerana status kontrak dengan MIG.
Pasangan muda ini akhirnya mengaku bernikah sejak tahun lalu dan memiliki seorang cahaya mata.
Sebagai suami, Aeril menghormati keputusan Wawa yang mahu merahsiakan pernikahan mereka kerana mendakwa kontrak pengurusan MIG tidak membenarkan artisnya bercinta.
Pasangan ini merancang untuk memberitahu perkara sebenar selepas kontrak Wawa tamat pada 2015.
Aeril, 25 tahun dan Wawa, 22 tahun bernikah buat kali pertama pada 25 Februari 2012 di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya tanpa mendaftar dengan pejabat agama.
Pernikahan kedua pula dibuat pada 4 Februari tahun ini, selepas Aeril mengetahui Wawa hamil.
Klik pada video untuk berita selanjutnya.
#Aeril Zafril #MIG #perkahwinan rahsia #Wawa Zainal
;