'Aduhai Berketak-Ketak' - Usia nak masuk 3 bulan, anak Neelofa dah nak pandai meniarap!
Pa and Ma
April 19, 2022 10:30 MYT
April 19, 2022 10:30 MYT
DIAM tak diam, anak pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal kini sudah pun hampir berusia tiga bulan.
Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari yang lalu akan berusia tiga bulan pada 29 April ini.
Menghampiri usianya baru tiga bulan, Bilal menunjukkan perkembangan yang cukup baik bila mana kini sedang berusaha untuk meniarap.
Melalui Insta Story Neelofa, usahawan yang cukup disegani ramai ini turut memuat naik video Bilal yang kini sudah hampir pandai meniarap.
“Bilal nak pandai meniarap dah ni,” tulis Neelofa di dalam videonya.
Melalui video yang dikongsikan olehnya, Bilal dilihat sudah pun menggerakkan kakinya untuk memusingkan badannya ke posisi meniarap.
Video yang sama turut dimuat naik semula di akaun Instagram peminat Neelofa. Bukan saja teruja melihat perkembangan Bilal bahkan peminat tidak putus-putus mengharap untuk menatap wajah Bilal.
“Ya Allah. Geram nyaaaa.”
“MasyaAllah happy nyaaaa, Alhamdulillah suara happy Bilal dapat meniarap.”
“Aduhai..berketak-ketak. Geram aunty tengok Bilal ni.”
Dalam pada itu, pengikut setia ibu cantik manis ini amat ternanti-nanti perkongsian gambar keluarga kecil ini di Hari Raya nanti. Pasti wajah Bilal yang dinantikan bakal dikongsikan Neelofa.
*Artikel asal di Pa&Ma