Adele janji konsert di Stadium Wembley terpahat di hati
Astro Awani
Jun 29, 2017 23:32 MYT
Jun 29, 2017 23:32 MYT
Bagi peminat Adele, ini adalah peluang terakhir menyaksikan konsert jelajah penyanyi terkenal itu pada 2 Julai nanti.
Konsert jelajah dunia yang berakhir di Stadium Wembley, dijanjikan kelainan dengan harga tiket yang jauh lebih murah.
Penyanyi berusia 29 tahun itu terus terang berkata, dia tidak dapat mengingati setiap peminatnya, tetapi konsert Wembley bakal terpahat dalam ingatan buat selamanya.
Pengumuman itu dibuat selepas dia melangsaikan jelajah dunia selama 15 bulan membabitkan seluruh negara Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.
Sehingga Ahad ini, Adele bakal menamatkan konsert jelajah yang membabitkan 123 persembahan.
#Adele
#Amerika Syarikat
#Australia
#eropah
#konsert jelajah
#konsert Wembley
#New Zealand
#Stadium Wembley