Adele dijangka muncul di Oscar

Astro Awani
Januari 7, 2013 08:47 MYT
Adele dilaporkan bakal membuat kemunculan pertama pada majlis Oscar Februari ini sejak bersalin pada 19 Oktober lalu.
Ini berikutan pengesahan penerbit “Oscar” yang ingin meraikan ulang tahun ke-50 francais "James Bond".
Menyepikan diri sepanjang tahun 2012, Adele mungkin akan muncul semula untuk persembahan segmen khas "James Bond".
Merupakan penyanyi untuk filem "Skyfall", lagu tema itu juga diramalkan akan tercalon dalam kategori "Lagu Asal Terbaik".
Namun, sebelum "Oscar" ke-85 berlangsung pada 24 Februari, majlis anugerah "Golden Globe" terlebih dahulu akan berlangsung pada 13 Januari ini.
Maka, ramai yang berpendapat Adele terpaksa memilih sama ada untuk membuat persembahan pada majlis "Golden Globe" atau "Oscar".
"Skyfall" turut tercalon dalam kategori "Lagu Asal Terbaik" di "Golden Globe".
#Adele #Golden Globe #Oscar #Skyfall
;