Adele bantu peminat lamar teman lelaki di pentas
Nizam Bakeri
Mac 2, 2016 09:04 MYT
Mac 2, 2016 09:04 MYT
ADELE memulakan konsert jelajah dunianya dengan mendorong seorang peminat untuk melamar teman lelaki di pentas.
Penyanyi lagu hit Hello itu menjemput peminat yang dikenali sebagai Hayley ke pentas di SSE Arena di sini sebagai sambutan tahun lompat - tarikh 29 Februari yang disambut kebiasaannya oleh bangsa Ireland dengan tradisi wanita melamar lelaki.
Menurut Evening Standard, Hayley telah melamar teman lelakinya sebelum hadir ke konsert Adele namun soalannya hanya dibalas dengan jawapan: “Mungkin”.
Selepas lebih 11 ribu pengunjung konsert bersorak 'boo', Adele memberitahu teman lelaki Hayley: “Kamu perlu cakap ya.”
Adele meneruskan usaha dengan mengajak penonton menyorak “Come on, Neil” beramai-ramai.
Akhirnya teman lelaki Hayley mengangguk perlahan.
Konsert jelajah Adele bagi promosi album 25 bakal diadakan di Eropah dan Amerika Utara sehingga bulan November.