Adele '25': Jualan yang luar biasa, tangga pertama carta iTunes Apple

Kohilah Sekaran
November 23, 2015 13:25 MYT
Di iTunes sahaja, album '25' telah dijual kira-kira 900 ribu muat turun dan ia juga kini berada di tangga pertama di carta iTunes Apple di 110 negara.
ALBUM ketiga Adele, '25' yang dilancarkan pada 21 November 2015 lalu dijangka akan mencecah jualan 2.5 juta pada minggu pertama.
Menurut Billboard, kali terakhir sebuah album berjaya dijual sebanyak itu pada minggu pertama adalah pada tahun 2000, iaitu album No Strings Attached oleh boyband 'NSYNC.
Hal ini kerana, di iTunes sahaja, album ‘25’ telah dijual kira-kira 900 ribu muat turun dan ia juga kini berada di tangga pertama carta iTunes Apple di 110 negara.
Memetik laporan New York Times, seorang jurucakap kedai Target, yang menjual versi CD istimewa dengan tiga lagu tambahan berkata, album ‘25’ mempunyai jualan pembukaan yang terbesar dalam sejarah kedainya.
‘Ia merupakan album pertama yang menerima sambutan seperti ini,” katanya.
Manakala, Pengarah Bersama Carta di Billboard berkata, “Adele adalah satu fenomena. Dia mempunyai hubungan yang luar biasa dengan peminatnya, di mana mereka sanggup melabur terhadap Adele dan muziknya.”
Difahamkan, sebelum pelancaran album ‘25’, dilaporkan bahawa 3.6 juta salinan fizikal telah dihantar kepada peruncit.
Bagaimanapun, Adele dikatakan telah membuat keputusan untuk tidak meletakkan lagu-lagu daripada albumnya yang berjudul '25' di mana-mana aplikasi penstriman, seperti Spotify dan Apple Music.
Ini mungkin satu strategi untuk mengekalkan jualan besar yang dijangkakan.
Penyanyi itu tidak mengulas secara langsung mengenai keputusan itu, tetapi pada Jumaat lalu, Adele membuat komen ringkas berkenaan pelancaran albumnya di media sosial.
''Saya amat terharu dan bersyukur kerana dapat juga mengeluarkan satu lagi rekod dengan cara yang saya mahukan,” tulis Adele.

25 pic.twitter.com/tOhrLJUot9

— Adele (@Adele) November 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#25 #Adele #Apple #billboard #jualan
;