ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200

Ili Hadri Khalil
Februari 22, 2018 17:33 MYT
bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan mendapat insentif RM200 tersebut. - Gambar fail
Wang besar ... wang besar ... wang besar.
Lima bayi artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), satu komitmen kerajaan menerusi Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2018.
Selebriti tersebut termasuk penyanyi No.1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, pelakon Sari Yanti dan Ozlynn Wati dan personaliti radio Linda Onn.
Pelakon Nora Danish juga turut berkelayakan menerima insentif RM200 tersebut selepas melahirkan seorang putera di sebuah hospital swasta di ibu negara pagi tadi.
BACA: 'Ini anak saya, Mohamed Neqayl Nedim' - Nedim Aziz
Rata-rata empat artis popular yang lain ini menghitung hari menanti kelahiran anak tersayang tidak lama lagi.
BACA: Inilah 'Ney Ney' wajah putera Nora Danish yang baru sahaja dilahirkan!
Anak-anak ini bukan sahaja lahir dan didoakan para peminat artis popular ini malah turut menerima RM200.
Skim ADAM50 diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 dalam usaha memupuk budaya menyimpan generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Insentif ini bukanlah hanya diberi kepada lima artis popular ini namum semua bayi warganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan mendapat insentif RM200 tersebut.
#ADAM50 #Bajet 2018 #Linda Onn #Najib Razak #Nora Danish #Ozlyn Wati #RM200 #SariYanti #Siti Nurhaliza
;