"Adakalanya saya terasa sunyi" - Hafiz Hamidun akui perit lalui kehidupan selepas bercerai
Gempak
Mac 4, 2018 17:01 MYT
Mac 4, 2018 17:01 MYT
PENYANYI dan komposer, Hafiz Hamidun akui perit melalui kehidupan selepas bercerai.
Hafiz Hamidun, 34, berkata bukan mudah untuk meneruskan kehidupan selepas bercerai dan dia bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga.
"Mungkin orang ingat bila sudah bercerai semuanya sudah selesai.
"Namun bagi saya yang melaluinya terus-terang ia agak perit dan sukar untuk meneruskan kehidupan seperti sebelum berkahwin.
"Kesannya mendalam dan adakalanya saya terasa sunyi, apatah lagi melihat rakan-rakan lain sudah berkeluarga.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah yang sentiasa memberi semangat dan sokongan," katanya kepada Astro Gempak.
Pun begitu, Hafiz memberitahu dia tidak serik untuk berumahtangga kembali dan bersedia jika jodohnya tiba dalam masa terdekat.
“Saya tiada masalah untuk berkahwin lagi bila-bila masa waktu sekarang ini.
"Tapi, kalau boleh biarlah wanita itu seorang yang memahami diri saya dan tahu apa yang pernah saya lalui,” katanya lagi.
Hafiz dan bekas isterinya Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin pada Oktober tahun lalu.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#bercerai
#Berita Terkini
#berkahwin
#berta Malaysia
#Hafiz Hamidun
#hiburan
#komposer
#Malaysia
#penyanyi