Adakah Malaysia masih belum bersedia untuk festival muzik antarabangsa?
Linawati Adnan
November 21, 2014 10:18 MYT
November 21, 2014 10:18 MYT
Apabila Livescape Asia secara rasminya mengumumkan penukaran lokasi Future Music Festival Asia (FMFA) ke Singapura, ramai peminat muzik, golongan profesional dan pengamal muzik industri meluahkan rasa kekecewaan.
Perkara ini difahami dan ini membawa kepada satu persoalan yang BESAR: adakah Malaysia belum sedia untuk festival antarabangsa?
Screenshot status Facebook milik penerbit festival tersebut, Jennifer Thompson
Bagi mereka yang kurang mengenali, FMFA adalah festival muzik terbesar di Asia Tenggara. Bermula dari Australia, festival ini merupakan francais Australia's Future Entertainment sejak 2006, membawa penyanyi, DJ, ahli muzik kelas pertama.
Persembahan FMFA yang pertama telah diadakan di Sepang, Malaysia pada tahun 2012 dan dirasmikan oleh bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Dr Ng Yen Yen.
Sejak daripada itu, FMFA telah memberi sumbangan yang boleh dikatakan besar kepada industri pelancongan dan ekonomi negara.
Salah satu harapan kerajaan adalah untuk mencapai 70,000 pengunjung daripada luar negara untuk acara antarabangsa yang diadakan di negara sebelum 2020.
Dengan FMFA, jumlah itu adalah ideal dan boleh dilihat sebagai satu pencapaian yang boleh dipenuhi. Kita lihat FMFA2014 sebagai contoh. Extravaganza muzik ini telah menarik 75,000 peminat festival muzik dan sebahagian daripada jumlah ini, 30,000 merupakan pengunjung daripada luar negara.
Secara realistiknya, FMFA sebenarnya mampu membantu meningkatkan pengunjung dari luar negara secara konsisten pada setiap kali festival ini dijalankan di Malaysia.
Berdasarkan laporan 'PEMANDU on the Economic Transformation Programme (ETP)', secara purata 35,000 pengunjung akan hadir ke lokasi FMFA setiap hari sepanjang pesta tiga hari tersebut.
Malangnya, FMFA pada tahun ini yang sepatutnya diadakan selama tiga hari, dibatalkan ekoran berita kematian seramai enam orang yang dipercayai mengambil dadah berlebihan pada hari kedua festival itu. Ia merupakan hari untuk 'A State of Trance 650' bersama Armin van Buuren untuk membuat persembahan pada 14 Mac.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang sentiasa bersemangat memberi sokongan kepada seni, hiburan dan pembanguan belia negara ini berkata kementerian beliau berkait dengan penganjur dengan memberikan mereka tempat untuk melakukan festival.
Khairy berkata pihak kementerian akan mengkaji segala aspek organisasi konsert untuk memastikan festival muzik pada masa hadapan bebas daripada dadah.
'A State of Trance 650' bersama Armin van Buuren - Gambar: Livescape Asia
Bagi Rooks A.M, penerbit muzik/DJ yang berasal daripada Malaysia yang kini aktif di Australia, penukaran tempat itu boleh dijangka. Bahkan ia merupakan satu langkah yang baik daripada pihak penganjur.
“Livescape Asia membuat satu keputusan yang boleh dijangkakan dalam mengekalkan beberapa tempat. Singapura adalah pilihan yang baik untuk mengembangkan bisnes ini," kata beliau.
"Saya berpendapat mungkin insiden orang cedera (atau meninggal dunia) kurang kerana keselamatan di sana sangat ketat," kata Rooks.
Bagi Jeeps M, isteri kepada Rook yang juga peminat muzik, sedih dengan berita bahawa mereka yang suka ke festival di Malaysia perlu ke Causeway untuk menyaksikan persembahan FMFA. Ibu kepada dua orang anak itu juga berkata Malaysia lagi sekali 'kalah' kepada muzik hiburan kepada Singapura.
"Apabila FMFA diumumkan, ia merupakan satu petanda muzik di Malaysia sudah bersedia untuk perkara yang lebih besar, genre-genre baru dari seluruh dunia yang lebih menarik. Malaysia bukan lagi dikenali dengan negara yang mempunyai pelbagai budaya, makanan yang sedap, pusat beli-belah yang murah dan ada beberapa pulau yang menarik tetapi juga mampu mengadakan festival muzik antarabangsa.
"Syarikat-syarikat antarabangsa sudah bersedia untuk melabur di negara kita. Mereka sudah melihat potensi kita. Kita tidak perlu mengadu lagi kenapa tour muzik yang menarik hanya berada di Singapura dan negara lain.
"Tapi sudah tentulah, ia akan terjadi sekali lagi. Kalah kepada Singapura. Mereka mungkin ketawa kepada kita kerana kita kalah dalam permainan ini," tambah beliau.
"Malaysia boleh belajar banyak daripada Australia," kata Jeeps dan Rooks - Gambar: Rooks and Jeeps
Dan kita berbincang mengenai menjadi tuan rumah kepada satu festival antarabangsa yang dikenali ramai dan selebriti antarabangsa yang rindu untuk membuat persembahan dan menghiburkan peminat muzik tempatan yang terlepas untuk membeli tiket konsert sebelum ini.
Dari Ratu Pop Malaysia Sheila Majid, penyanyi dan komposer Yuna, produser dan juga rapper Pharell Williams, Macklemore dan banyak lagi barisan artis terkemuka.
"Benar, ini satu perkara yang rumit. Saya mempunyai anak yang suka ke konsert dan festival. Saya dapat rasa perasaan mereka dan ia merupakan perkara yang tragis di mana penganjur terpaksa bertanggungjawab selepas telah melabur jutaan ringgit dengan membawa muzik antarabangsa untuk menghiburkan peminat muzik tempatan," kata penerbit yang juga terkenal sebagai personaliti muzik Malaysia, Jennifer Thompson.
Jennifer Thompson, penerbit dan aktivis industri muzik - Gambar: Jennifer Thompson
Ramai jangkakan kejadian yang membawa maut di Bukit Jalil adalah sebab utama penukaran lokasi dan ramai menuding jari kepada Livescape Asia.
"Kami memang sedih dengan berita kehilangan nyawa dan takziah kepada keluarga dan kawan-kawan mangsa yang terlibat. Dan untuk menjernihkan keadaan, FMFA tidak pernah dilarang untuk diadakan di sini kerana kes ini dan Livescape Asia sudahpun membuat pengumuman secara rasmi (bersama pihak berkuasa) di mana kami kita tidak bersalah tentang apa sudah berlaku," kata Iqbal Ameer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescape Asia.
Iqbal berkata kejadian tragis itu hanya memberi kesan yang sedikit dalam membuat keputusan menukar lokasi FMFA dari Malaysia.
Livescape Asia melihat Singapura lebih sesuai untuk mengadakan festival antarabangsa berbanding Malaysia.
"Selepas mengadakan salah satu festival terbesar di Asia di Malaysia, kami menyedari Singapura mempunyai tempat yang mempunyai insfratuktur berkelas tinggi dan mempunyai sistem sokongan yang cemerlang. Ia juga merupakan satu negara yang progresif dan kita tahu Singapura merupakan negara yang tegas dalam undang-undang ia juga merupakan satu perkara yang baik untuk pengajur acara seperti kami, di mana undang-undang dan polisi mudah difahami.
"Mereka (Singapura) mempunyai undang-undang untuk semua perkara, namun perkara ini tidak berlaku di Malaysia. Peraturan di Malaysia boleh mejadi kurang jelas dan polisi terkini di Malaysia tidak melindungi pihak pengajur. Perkara ini tidak seperti di Singapura. Kami dilindungi," kata Iqbal, yang kini sibuk untuk menguruskan festival dua hari FMFA 2014 yang akan diadakan di Republik itu mulai 14 Mac.
Iqbal Ameer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescape Asia
Livescape tidak keseorangan dalam meluahkan rasa kecewaan terhadap polisi-polisi dan panduan yang digariskan oleh pihak kementerian. Banyak penganjur acara bersetuju Singapura adalah LOKASI yang sesuai untuk konsert yang terdiri daripada barisan-barisan artis antarabangsa.
"Singapura menyokong seni secara sepenuhnya. Mereka tidak menyukarkan pihak penganjur. Perkara yang paling sukar yang kami sudah laluinya sejak dari dulu adalah dengan tidak membenarkan artis lelaki berambut panjang, tidak membenarkan artis menunjukkan ketiak ketika persembahan, tidak boleh ini dan itu sehingga tidak ada perkara yang jelas.
"Saya sudah berada di industri lebih 30 tahun dan kita masih tidak boleh buat keputusan dengan apa yang kita mahu... sama ada kita mahu melangkah ke hadapan atau ke belakang," kata Jennifer.
Pengunjung ketika 'A State of Trance 2013' - Gambar: Livescape Asia
Namun, adakah sukar untuk artis antarabangsa ke Malaysia?
"Apabila anda ke PUSPAL (Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem Dan Persembahan Artis Luar Negara) untuk mendapatka permit, selain daripada apa yang anda baca daripada garis panduan, ada banyak lagi peraturan yang tidak tertulis.
"Masih lagi ada apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan selain apa yang tertera dalam garis panduan yang sudah tertulis. Lebih-lebih lagi, kadang-kadang akan terjadi double standards. Contohnya ia tidak 'okay' untuk membawa Beyonce kerana beliau terlalu seksi, tetapi ianya 'okay' untuk membawa Mariah Carey," kata Jennifer.
Bagi Iqbal dan Livescape, banyak usaha dan kerja kerasa perlu dilakukan untuk mendapatkan permit daripada menganjurkan festival itu sendiri.
Proses permohonan yang diberikan daripada kementerian dan pihak berkuasa dilihat seperti sukar dan kolot dan perlu melalui pelbagai peringkat untuk mendapat kelulusan semata untuk menganjurkan satu acara.
"Seseorang perlu mendapatkan pelbagai kelulusan untuk mendapat lesen membawa artis luar negara dan terdapat juga pra-lulus dan kelulusan yang berlainan daripada bahagian yang lain.
"Terlalu banyak perkara untuk diluluskan sebelum mencapai kelulusan yang sebenarnya. Kebanyakan penganjur menggunakan 'orang dalam' untuk memastikan ia berjalan lancar," tambah Iqbal.
Dalam keadaan sekarang, ia akan menjadi satu perkara yang perlu dirisaukan di Malaysia.
Acara, festival, konsert boleh dibatalkan dengan begitu sahaja -- dan satu perkara yang jelas adalah tiada bayaran pampasan diberikan kepada pihak penganjur atau pihak promosi apabila satu persembahan itu dibatalkan.
Akibatnya besar: pihak promosi hilang banyak wang kerana bayaran tempahan. Ada juga kerugian dalam pemasaran, dan ada juga yang kehilangan kerja.
Sejak Isnin, Astro AWANI cuba mendapatkan respon daripada PUSPAL namun tiada apa-apa lagi respon balas.
FMFA 2014 menjana lebih RM120 juta - Gambar: Livescape Asia
Festival ini memainkan peranan yang besar apabila diadakan Malaysia, membawa kira-kira 30,000 peminat muzik seluruh dunia ke dalam negara dari 85 buah negara dan menjana RM120 juta.
Melihat dalam satu perkara yang lebih besar, bolehkah kita menganggarkan FMFA kembali ke Malaysia pada masa akan datang? Bolehkah kita bergerak hadapan dan mengadakan lebih banyak festival antarabangsa dan artis kelas dunia untuk datang ke negara kita?
Semua itu hanya boleh dicapai jika mentaliti semua pihak, bukan sahaja promoter dan penganjur tetapi kementerian, penggubal polisi dan juga orang ramai terutamanya pengunjung, cukup matang dan terbuka untuk melihat dan memahami gambaran yang lebih besar.
"Di sini (Australia), pertamanya pengunjung perlu bertanggungjawab ketika sedang berhibur dalam satu festival. Jadi, kawalan khalayak itu lebih terurus dan terdapat juga satu undang-undang mengenai pengawalan minuman. Ketiga, festival tidak diadakan selepas tengah malam. Mungkin kita boleh belajar sesuatu di sini. Semuanya terletak kepada tanggungjawab daripada pengungjung," kata Rooks AM.
"Perkara yang sukar adalah mengadakan persembahan di Malaysia namun perkara yang lebih sukar adalah mereka yang terlibat dalam menganjurkannya. Ramai orang mungkin kehilangan kerja. Kita perlu berfikir secara lebih terbuka dan mencapai kata sepakat dan tidak membuat keputusan secara melulu," kata Jennifer.
"Kita tidak boleh membuat keputusan secara melulu. Kita perlu mencari penyelesaian jika kita mahu berjaya dan mencapai standard antarabangsa. Pihak kementerian perlu membuat penyusunan semula PUSPAL. Mentaliti perlu diubah," kata Iqbal.
#Armin van Buuren
#Bukit Jalil Stadium
#fmfa
#Iqbal Azmeer
#Jennifer Thompson
#livescape asia
#Mahsuri Satay
#music festival
#Puspal
#Rooks AM
#Sepang