Adakah AIM21 malam ini milik Datuk Siti Nurhaliza?

Astro Awani
Disember 6, 2014 16:02 MYT
Siti Nurhaliza dominasi pencalonan akhir AIM21
Pendengar sudahpun menerima baik lagu bermesej positif “Lebih Indah” selain lagu dengan susunan muzik segar “Jaga Dia Untukku”.
Kedua-dua lagu sudahpun memanjat carta popular tetapi mampukah ia membawa kemenangan buat penyanyinya, Datuk Siti Nurhaliza pada malam ini sempena Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-21?
Penyanyi nombor satu negara itu mendominasi pencalonan akhir di AIM-21 dengan lapan pencalonan termasuk Album Terbaik untuk album Fragmen.
“Lebih Indah” bakal berentap dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Wanita) bersama bersama beberapa lagi pencalonan iaitu dendangan daripada Liza Hanim, Adira, Poova dan Shila Amzah.
Sementara itu, lagu daripada album Fragmen yang berjudul “Jaga Dia Untukku” dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik.
Siti turut membawa nama pasukan produksi untuk bersaing dalam kategori Susunan Lagu Terbaik untuk lagu Lebih Indah, Kulit Album Terbaik dan dua pencalonan dalam kategori Rakaman Album Terbaik (Fragmen dan Konsert Lentera Timur).
Joe Flizzow pula merupakan artis kedua dengan pencalonan terbanyak selepas Siti. Enam pencalonan termasuk penguasaan jelas dalam kategori Lagu Hip-Hop Terbaik memberi kelebihan buatnya.
Sementara itu, Shila Amzah mengekori rapat dengan empat pencalonan dan bakal memberi persaingan dalam kategori seperti Album Terbaik, Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu.
Anugerah Industri Muzik ke 21 bakal berlangsung pada malam ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur bermula dengan Karpet Glamor AIM21 seterusnya majlis anugerah pada jam 9 malam.
Siaran langsung akan ditayangkan kepada penonton di rumah melalui saluran Astro Ria (104) or Astro Maya HD (135).
Senarai pencalonan kategori terpilih:
1. Artis Baru Terbaik
Azmarul Azuan
Fakhrul Radzi
Poova
Russel Curtis Project
Sona-One
2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Ahmad Ahmad - Dah
Akim - Mewangi
Faizul Sany - Perempuan
Kroll (Persis) - Ruang Hati
Riz Zaizizi - Sempurnakan Aku dan Dia
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Adira - Hilang
Datuk Siti Nurhaliza - Lebih Indah
Liza Hanim - Egoismu
Poova - Just Another Day
Shila Amzah - Masih Aku Cinta
4. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Azhael - Hujung Waktu
Forteen - Dikau Saja
Hani & Zue - Biar
Suwara - Racun Termanis
Tiga - Penjelasan
5. Persembahan Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Adibah Noor & Nizam - Bahasa Rindu
Joe Flizzow ft. Ila Damia - Di Sebalik
Nora ft. Mosyi, Alif & Puteri - Selamanya Bahagia
Sleeq ft. Joe Flizzow - Tepi Sikit
Zarul & Marsha - Satu Rasa
6. Kulit Album Terbaik
Adira
Aizat Amdan
Datuk Siti Nurhaliza
Joe Flizzow
Stacy
7. Rakaman Album Terbaik
Fragmen - Datuk Siti Nurhaliza
Hikayat Perawan Majnun - The Venopian Solitude
Hello India - Sasi The Don
Konsert Lantera Timur - Datuk Siti Nurhaliza
Shila Amzah - Shila Amzah
8. Video Muzik Terbaik
Apa Khabar - Joe Flizzow ft. Sona One
Falling - Yuna
Hello - Altimet ft.Trisno Trio
Rojak Ulo Stampede -The Venopian Solitude
Tak Mau Dusta-dusta - Klangit
9. Lagu Pop Etnik Terbaik
Akar Kita Zapin - Ilhab Ismail
Poh Paloh Weh - Datuk Siti Nurhaliza
Kalimah Lebaran - Noraniza Idris,Azmir Arif, Razif Ismail
Puncak Gapura - Ilhab ft. Fedtri Yahya
Zapin Seloka Kasih - Fauziah Suhaili (Gambus)
10. Lagu Rock Terbaik
Amat Mudah Untuk Hanyut Dibawa Arus - S.O.G
Ayat Penyengat - Spider
Jiwa - Drama Band
Rentak Laguku - Bunkface ft. Amy Search
Romancinta - Mojo
11. Lagu Hip Hop Terbaik
Apa Khabar - Joe Flizzow ft. Sona-One
Hello - Altimet ft. Trisno Trio
Havoc - Joe Flizzow ft. Sona-One
Kerana - Haiza ft. Filsuf
Tepi Sikit - Sleeq ft. Joe Flizzow
12. Lagu Pop Terbaik
Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
Kerna Dia - Alif Satar
Kesempatan Kedua - Alif Satar
Sesal Separuh Nyawa - Alyah
Tulus - Shila Amzah
13. Lagu Nasyid Terbaik
Andai Esok - Akhil Hayy
Insan - Alif
Rindu Allah Sayanag Allah (RASA) - Iwan Syahman ft. Iwan Junior
Satu Kalimah - Damai & Friends
Selamanya Bahagia - Nora ft. Mosyi, Alif & Puteri
14. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Nadhira ft. David Cook
Poova
Razlan Shah ft. One Night Service
Russel Curtis Project
Sona-One
15. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Apakah ini Cinta - Judika
Teroesir - Nidji
Salahkah - Rossa ft. Hafiz
Sumpah Cinta dan Matiku - Nidji
Bertubi-tubi - Kris Dayanti
16. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Kayangan - Hyper Act
Lebih Indah - Datuk Siti Nurhaliza
Mahligai Kayangan - Salamiah Hassan
Tenangkan - The Venopian Solitude
Tokan - WARIS ft. Fiq
17. Album Terbaik
#1 - Stacy
Aku - Salamiah Hassan
Fragmen - Datuk Siti Nurhaliza
Menakluk Kosmos - Wings
Shila Amzah - Shila Amzah
Album Terbaik
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Artis Baru Terbaik
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Lagu Hip Hop Terbaik
Lagu Pop Terbaik
Lagu Rock Terbaik
Lagu Pop Etnik Terbaik
Lagu Nasyid Terbaik
#Siti Nurhaliza
;