Ada orang kurang senang jika Rita Rudaini berbaik dengan bekas suami
Astro Awani
Disember 4, 2018 07:48 MYT
Disember 4, 2018 07:48 MYT
PELAKON Rita Rudaini melahirkan rasa kurang senang terhadap pihak yang tidak mahu melihat dirinya berbaik dengan bekas suami, Aidil Zafuan walaupun demi anak-anak mereka.
Rita dalam entri di instagram berkata ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau dirinya berbaik dengan pemain bola sepak Skuad Kebangsaan itu.
"Gigih la cuba nak laga kan kami, anak-anak jadi mangsa... Aidil dan Rita ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik,"
"Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy 'Bergabung Meletop'? Rancang lah macamana pun, buatlah macamana pun, satu hari nanti tuhan akan bisikan hanya yang benar pada daddy ryanjuna" tulisnya di instagram.