Ada orang ketiga dalam hidup Diana Danielle, dakwa Farid Kamil

Astro Awani
Mac 28, 2023 11:14 MYT
Wajah terbaharu Farid Kamil dan Diana Danielle yang dirakamkan sebaik mereka tiba secara berasingan di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Shah Alam, pada Selasa. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Farid Kamil Zahari mendakwa, terdapat orang ketiga dalam hidup Diana Danielle yang mendorong isterinya itu menuntut perceraian daripadanya.
Kehadiran orang ketiga itu, dakwa pelakon popular itu, sudah disedarinya sejak tahun lepas lagi, namun, hanya baru-baru ini kesahihannya terbukti.
“Baru saja confirm (kehadiran orang ketiga) baru-baru ini. Saya dah aware (sedar) dari tahun lepas,” kata Farid kepada pemberita sejurus selesai mengadiri sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Syariah Subang Bestari, di sini, pada Selasa.
“Ada pihak ketiga sokong Diana fail cerai” - Farid Kamil
Sekalipun sedia maklum penglibatan orang ketiga dalam hidup isterinya itu, namun, Farid masih lagi tetap dengan pendirian untuk mempertahankan rumah tangga mereka yang memasuki usia ke-11 tahun ini.
Kata anak seni kelahiran Alor Setar, Kedah itu, usaha mempertahankan rumah tangga itu dilakukannya kerana terlalu menyayangi keluarganya.
“Kalau boleh saya nak tegakkan undang-undang Islam, hak sebagai suami yang rumah tangganya diganggun orang ketiga… saya rasa sangat tidak adil sebagai seorang suami diperlakukan sebegitu.
“Apabila kita menuntut jawapan daripada dia (Diana) tentang perkata tersebut (orang ketiga), perpisahan yang dia minta. Saya sayangkan keluarga saya, anak-anak… saya tak pernah lagi diuji sebeini rupa,” kata Farid dalam nada sebak.
Farid turut mendakwa, sudah 23 hari dia tidak dibenarkan berjumpa kedua-dua anak mereka, Muhammad dan Aurora.
Bahkan, peluang untuk bercakap di telefon juga, dinafikan, tegas Farid lagi.
#Farid Kamil #Diana Danielle #orang ketiga #Diana Danielle fail cerai
;