Ada anak istimewa, saya tak minta sedekah pun - Zarina Zainuddin
September 19, 2018 13:11 MYT
DRAMATIS Zarina Zainuddin berkongsi di akaun Instagramnya perkongsian video bersama anak-anak istimewanya bukan untuk menarik perhatian ataupun simpati semata-mata.
Sebaliknya, Zarina, 48 tahun, berkata, tujuannya tidak lain hanya sekadar berkongsi pengalaman yang mempunyai dua orang cahaya mata lelaki yang autisme.
"Jahatnya manusia mereka-reka cerita, yang tak ada gambar IG dia pun takda banyak komen berbalas dalam komennya dia cakap saya sengaja meraih simpati.
BACA: 'Kita buat pulut kuning sajalah' - video Azal runsing Zarina tak dipanggil berlakon undang sebak!
"Untuk apa ya... saya tak minta sedekah pun dengan orang, saya cuma share apa yang saya alami dan rasakan... tak sangka perempuan pun jahat dan hati kotor ada lagi orang macam ni.
"Sepatutnya sesama perempuan kita jaga dan sayang kaum kita, kita doakan dan lindungi ia.. Semoga ALLAH membalas balik kata-kata mu pada dirimu sendiri," ucap Zarina.