"Abang akan selalu ingatkan adik tentang Mami kita" - Anak sulung pengasas Dnars kosmetik

Gempak
Mei 28, 2019 00:36 MYT
Posting tersebut adalah berkaitan adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang kerap bertanya tentang Allahyarham ibunya, Faziani Rohban Ahmad. - Foto Instagram
ANAK sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim Jasman, 20, telah membuat satu perkongsian di Instagram (IG) yang mengundang sebak dihati netizen.
Posting tersebut adalah berkaitan adik bongsunya, Qaseh Khadijah yang kerap bertanya tentang Allahyarham ibunya, Faziani Rohban Ahmad.
“Ini adik bongsu saya @qaseh_kha. Akhir-akhir ini banyak soalan dia tanya antaranya, kenapa Mami masuk syurga awal? Kenapa dia tak masuk sekali dengan kita? Jadi saya terangkan kepada dia A to Z.
Yang kedua pula dia tanya, siapa yang nak ganti Mami. Sebenarnya saya ‘petak’ ataupun ‘stuck’ kejap nak jawab.
“Tapi saya cakap abang ada, kakak ada semua ada. Lepas saya jawab dia pun cakap, dia anak bongsu dan biarlah dia ganti Mami, sebab dia pun garang (sambil dia cubit saya).
“Ya Allah, abang akan cerita ataupun selalu mengingatkan adik tentang kemuliaan Mami kita. Kita kena ikut, itu ialah pedoman dan iktibar,” tulisnya.
BACA: 'Sedekahkan doa buat mami saya, Faziani Rohban' - Anak pengasas Dnars Skincare
BACA: 'Mama dalam perjalanan untuk sampaikan sumbangan zakat' - Anak Faziani Rohban
Foto Iqbar bersama Qaseh Khadijah di pusara Allahyarham itu telah kata-kata semangat daripada netizen.
“Pengakhiran yang memberi kesan kepada saya…Alhamdulillahh..Allah S.W.T tahu segalanya. Terima kasih Iqbar, kami doakan kesejahteraan Allahyarhamah,” tulis pemilik akaun @warisfitr3.
“Qaseh budak baik. Kalau jumpa Amy mesti dia datang salam cium tangan. Mesti asuhan daripada arwah Mami yang selalu menghormati orang lain, tak kira orang tu sesiapa pun,” kongsi jurusolek @amytouch_official.
#anak #Dnars Skincare #Faziani Rohban #Instagram #Iqbar Hakim Jasman #kemalangan #pengasas Dnars meninggal dunia #Qaseh Khadijah