Abam Bocey sah bergelar suami dengan sekali lafaz

Gempak
Disember 8, 2017 20:11 MYT
Abam dan Hidayah melangsungkan pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10 pagi tadi.
DENGAN sekali lafaz pelawak popular Abam Bocey sah bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali, 25, kira-kira jam 5.35 minit petang tadi.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dan Hidayah dinikahkan Ustaz Kamal Salam, Penolong Pendaftar Nikah Sabak Bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan Mohd Ali Bahtin.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas 11 oleh pihak perempuan.
Jumlah wang hantaran RM13,888.
Dua anggota kumpulan Bocey, Fad dan Achey turut hadir menemani sahabat baik mereka itu.
Terdahulu, Abam dan Hidayah melangsungkan pertunangan di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10 pagi tadi.
Malam ini, bakal berlangsung majlis malam berinai bertemakan ‘Arabic Night’ juga di kediaman pengantin perempuan.
Abam dan Hidayah mula mengenali di antara satu sama lain sejak empat tahun lalu.
#Abam Bocey #Bocey #kahwin #kumpulan Bocey #pelawak #sekali lafaz #Siti Norhidayah Mohd Ali #suami #Syed Umar Mokhtar
;