Aaron Aziz patah gigi ketika di set penggambaran
Gempak
Jun 22, 2022 11:00 MYT
Jun 22, 2022 11:00 MYT
DATUK Aaron Aziz terpaksa menemui doktor pakar apabila gigi hadapan pada bahagian atas patah dan sedikit rongak selepas melakukan babak aksi di lokasi penggambaran.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Datuk Aaron atau nama sebenar, Datuk Aaron Mustapha Aziz, 46, di akaun Instagram miliknya semalam.
Aaron menjelaskan tiada pihak yang perlu dipersalahkan kerana sebagai seorang pelakon perlu menyiapkan diri dengan segala kemungkinan.
“Nak jadi pelakon tak? Kalau nak jadi pelakon kena standby.
“Kata nak jadi stunt action actor, jadi sekali sekala kena patahlah gigi.
“Stuntman tak sengaja, jadi tiada siapa nak dipersalahkan.
“Sahaja nak kongsi pada anda muka buruk saya, tapi yang penting masih stylo,” katanya.
Menerusi satu entri terbarunya, Aaron memuatnaik video memaparkan keadaan giginya sudah kembali rapi semula selepas mendapatkan rawatan oleh doktor pakar gigi dikenali sebagai Dr ShaSha serta memuji perkhidmatan klinik tersebut.
*Artikel asal disiarkan di Gempak