Aaron Aziz panik isteri kemalangan, tiada kecederaan serius tapi 'terus jantung macam jatuh'
Gempak
Disember 1, 2022 09:40 MYT
Disember 1, 2022 09:40 MYT
MALANG tidak berbau apabila isteri kepada pelakon Datuk Aaron Aziz iaitu Datin Diyana Halik terlibat dalam kemalangan kereta pada petang semalam.
Menerusi perkongsian Aaron di laman Instagram, dia menerima mesej daripada isterinya mengenai insiden tersebut sebaik sahaja bangun dari tidur.
Tiada kecederaan serius, namun Aaron tetap meminta Diyana terus ke Pusat Perubatan Prince Court memandangkan isternya mengadu sakit belakang dari leher ke pinggang.
“SubhanAllah bangun tidur dapat mesej daripada my darling dia terlibat dalam kemalangan. Kereta sondol dari belakang. Terus jantung macam jatuh, anxious.
“Terus suruh dia straight ke Prince Court sebab sakit belakang dia dari leher ke pinggang. Alhamdulilah X-ray ok. Tapi doktor suruh monitor dan total rest untuk 48 jam,” katanya.
Aaron turut berkongsi video memperlihatkan keadaan belakang kereta jenis Alphard warna hitam yang dipandu isterinya kemek selepas dilanggar kenderaan lain.
Video tersebut juga memperlihatkan isteri Aaron yang terlantar sakit ketika sedang dirawat di pusat perubatan tersebut.
Rata-rata netizen mendoakan agar isteri pelakon filem KL Gangster itu diberikan kesembuhan cepat dan dipermudah segala urusan.
Dalam pada itu, Aaron turut berpesan kepada isterinya agar terus berehat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
“Thank you to the nurses of PMC. Selalu terbaik. Berehat okay dar. Bukan ke sana sini, faham. Dia ni kalau tak sakit, memang ligat. Kalau tak kerja ada saja aktiviti dia.
“Jadi kita tengok dia boleh duduk diam tak. #AbgsayangTapiTegas,” ujarnya.
Untuk rekod, Aaron mendirikan rumah tangga dengan Diyana pada 2003 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana serta Dahlia Arissa.
View this post on Instagram
A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)