Aaron Aziz demam lima hari, isteri risau tunggu ujian darah

Gempak
Februari 3, 2016 14:51 MYT
Diyana yang risau menunggu keputusan ujian tersebut meminta supaya peminat mendoakan kesejahteraan suaminya.

PELAKON Aaron Aziz terpaksa menjalani ujian darah berikutan demam yang dialaminya sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya, Diyana menerusi akaun Instagramnya pada malam Selasa.
“After 5 days of fever. May Allah heals u fast darling. (What he hated most, needles!!) Sorry team #tentanghati2 @fashasandha @sis_515 @aliaramly Will be back on set ASAP. Awaiting blood test result now.” tulisnya.
Diyana yang risau menunggu keputusan ujian tersebut meminta supaya peminat mendoakan kesejahteraan suaminya.
Bagaimanapun, sehingga kini keputusan ujian darah Aaron masih lagi belum diketahui.

#Aaron Aziz #Diyana
;