Aaron Aziz ambil kritikan secara positif

Astro Awani
Mac 21, 2013 16:38 MYT
Aaron Aziz yang dikenali ramai melalui bidang lakonan tidak menolak sekiranya dikekalkan sebagai hos “Fear Factor Selebriti Malaysia” walaupun pernah menyatakan bidang pengacaraan bukan untuk dirinya.
Menurut Aaron, mengarakan Fear Factor Selebriti Malaysia adalah satu percubaan dan tidak berhasrat untuk menjadikannya sebagai kerjaya tetap.
“Bagi saya ianya satu proses pembelajaran apabila ditawarkan untuk mengacarakan rancangan Fear Factor disamping dapat bekerjasama dengan krew penerbitan antarabangsa”, kata Aaron.
Tambahnya, beliau telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas mengacarakan program itu bagaimanapun mengambil segala kritikan sebagai sesuatu yang positif.
“Saya ini manusia biasa, dan tiada siapa yang boleh lari dari membuat kesilapan, dengan itu saya cuba untuk tidak terganggu dengan segala kritikan diberikan”, kata Aaaron dengan keadaan akur.
Aaron berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran program “Oh My English Musim Kedua” dimana beliau akan membawakan watak cikgu Malik.
#Aaron Aziz #fear factor #hos #Oh My English
;