Aamir Khan tak minat tawaran jadi ahli politik

Sinar Harian
September 26, 2018 12:45 MYT
AAMIR: Saya fikir lebih baik jauhkan diri daripada dunia politik dan hiburkan orang semampu boleh. - Gambar fail
MELIHAT kepada populariti, pelakon terkenal Bollywood Aamir Khan ditawarkan peluang untuk menyertai beberapa parti politik di India.
Bagaimanapun, menurut laporan ZeeNews, Aamir dikatakan menolak tawaran tersebut dan memberitahu bahawa bidang politik bukanlah pilihannya.
Malah, dia turut mengakui lebih selesa memberikan tumpuan dan fokus dalam industri seni.
"Saya sama sekali tak mahu jadi ahli politik, tak tertarik. Malah, saya lebih takut dengan dunia politik.
"Saya fikir lebih baik jauhkan diri daripada dunia politik dan hiburkan orang semampu boleh kerana bidang kreatif ini lebih menarik!" katanya.
#Aamir Khan #ahli politik #Bollywood #hiburan #India #kreatif #parti politik #pelakon #politik
;