7 ulasan tanpa 'spoiler' yang buat anda perlu tonton Star Wars: The Force Awakens
Nizam Bakeri
Disember 17, 2015 15:15 MYT
Disember 17, 2015 15:15 MYT
Kebanyakan peminat Star Wars di seluruh dunia sudah pun mengunjungi pawagam dan menonton The Force Awakens, filem ketujuh francais itu.
Namun masih ada yang belum berkesempatan untuk berbuat demikian. Ada juga peminat filem yang masih ragu-ragu untuk menyertai gelombang Star Wars buat kali pertama.
Jika masih ada yang tidak pasti, mungkin tujuh ulasan ini mampu meyakinkan anda untuk ke pawagam. Usah risau, tiada spoiler di sini.
Mark Hughes, Forbes
“Star Wars…membawa hadiah yang berharga buat kita semua: bab baru yang menggabungkan unsur baru dan lama, pelakon baru dan lama dalam satu filem yang menakjubkan.”
Tony Hicks, San Jose Mercury News
“Ini filem yang anda tidak mahu berakhir, dengan adegan terakhir yang paling hebat dalam sejarah francais ini. Abrams telah mengemudi dengan baik.”
Mara Reinstein, US Weekly
“Saya tahu anda suka Star Wars. Pengarah J.J. Abrams pun sama. Sebab itu Episode VII bagi francais yang masyhur ini menjadi kejayaan yang menghiburkan buat semua peminat.”
John Serba, MLivedotcom
“J.J. Abrams seperti seorang kanak-kanak yang ingin bermain sepuasnya sebelum tidur. Semangatnya begitu berpengaruh dan hampir tidak terbendung.”
James Bernardinelli, ReelReviews
“Filem ini merupakan drama keluarga yang sarat dengan nostalgia sehingga mampu mengharukan generasi 70-an dan 80-an.”
Neil Pond, Parade
“Star Wars kembali semula dengan gemilang, dengan pulangan yang lumayan dan berbaloi buat semua yang menanti dengan sabar atau tidak.”
Erik Davies, Moviesdotcom
“Star Wars: The Force Awakens merupakan filem yang anda benar-benar inginkan.”