"50 shades of roses" - Meriah 'bachelorette party' Nelydia Senrose
Gempak
Mac 11, 2019 16:43 MYT
Mac 11, 2019 16:43 MYT
Selepas kecoh isu 'bridal shower' Nelydia Senrose yang dikatakan meniru budaya Barat, pelakon itu mencuri perhatian pula menerusi acara bachelorette party pada hujung minggu lalu.
Acara itu dipercayai dirancang oleh adik-beradik, saudara mara dan kenalan rapat tanpa pengetahuan Nelydia.
Buktinya, menerusi kemas kini Instastories pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu, dia sendiri terkejut apabila melihat tetamunya mengenakan baju tidur ketika acara tersebut.
Malah, tetamu-tetamu istimewanya itu turut menghiburkan Nelydia dengan tarian khas dalam sebuah kamar tidur.
"I must’ve done something right to be blessed with these amazing sisters and friends," tulis Nely menerusi akaun Twitternya.
Selain Nely, adik-beradiknya Uqasha dan Raysha Rizrose turut mengemas kini akaun Instagram masing-masing dengan berkongsi momen menarik ketika bachelorette party itu.
Hadir sama pada acara itu Aprena Manrose, Adeline Tsen dan Nadiyah Shahab.
Nely atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 24, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya dengan kekasihnya, Hafez, dalam masa terdekat namun enggan berkongsi tarikh majlis hari bahagianya itu.