"4 hari saya menangis" - Amyra Rosli

Gempak
Mac 9, 2018 20:04 MYT
Kata Amyra, 27, tempoh itu merupakan pengalaman kali pertama terpaksa berjauhan dengan anaknya dalam tempoh paling lama.
PELAKON Amyra Rosli mendedahkan pertama kali dia menitiskan air mata selepas bergelar ibu ketika berjauhan dengan anak sulungnya, Aqeef Anaqi selama empat hari.
Kata Amyra, 27, tempoh itu merupakan pengalaman kali pertama terpaksa berjauhan dengan anaknya dalam tempoh paling lama.
"Baru saya faham perasaan seorang ibu yang anaknya tiada depan mata. Selama ini, kalau tinggal pun cuma beberapa jam.
"Tapi apabila terpaksa berjauhan selama empat hari, hati saya tidak tenteram. Memang menangislah jawabnya!
"Pada mulanya saya ingatkan anak saya akan ikut sekali untuk ke Bangkok (Thailand), namun rupa-rupanya Amar sudah tempah tiket untuk kami berdua sahaja," katanya kepada Astro Gempak.
Amyra ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton di The Everly Putrajaya hari ini.
Sepanjang tempoh berpantang hingga kini, Amyra menyerahkan tugas menjaga dan menguruskan anaknya kepada ibunya, Noor Zaridah Ahmad.
"Ibu saya sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga anak saya, malah adakalanya Aqeef lebih rapat dengan ibu saya berbanding saya.
"Sejujurnya saya kurang percayakan orang luar untuk menjaga anak saya, jadi lebih baik saya sendiri yang jaga," tambahnya.
Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung Aqeef Anaqi pada Disember 2017.
Teks oleh: Amri Hassan
#Aidilfitri #Amar #Amyra Rosli #anak #Aqeef Anaqi #Astro #Bangkok #isteri #menangis #pelakon #Thailand
;