30 tahun dalam bidang seni, Pak Ya bakal jadi mutawif
Gempak
September 16, 2024 13:30 MYT
September 16, 2024 13:30 MYT
ILYA atau lebih mesra disapa Pak Ya berkata, dia sudah lama memasang impian menjadi seorang mutawif, namun rezeki itu belum kesampaian susulan jadual kerja seninya yang padat.
Ringkasan AI
- Pak Ya telah lama bercita-cita menjadi mutawif, tetapi belum kesampaian kerana jadual kerja seni yang padat.
- Sedang menjalani kursus selama tiga bulan untuk menjadi mutawif bertauliah, sambil memperbaiki ilmu agama.
- Bidang ini menyedarkan Pak Ya dan mendekatkannya dengan Pencipta, percaya kebaikan akan kembali kepada diri sendiri apabila berkhidmat untuk orang lain.
"Saya sedar saya kurang bab agama jadi disebabkan itu juga saya memilih satu saluran yang membekalkan ilmu sebagai seorang mutawif.
"Buat masa sekarang, saya sedang buat persediaan jalani kursus selama tiga bulan untuk menjadi mutawif yang bertauliah," katanya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.
Kata Pak Ya lagi, bidang yang ingin diceburi ini banyak menyedarkannya dan membantu dirinya sendiri supaya lebih dekat dengan Pencipta.
"Apabila kita berkhidmat untuk orang lain dalam melakukan rukun iman ke lima ini dan kita berbuat baik, saya percaya kebaikan itu akan datang kepada kita sendiri," ringkasnya. -Gempak