'3 tahun menanti kehadiranmu, 3 tahun saja Allah pinjamkan kamu' - Safura
Gempak
Ogos 24, 2018 14:00 MYT
Ogos 24, 2018 14:00 MYT
PENYANYI Safura Ya'cob mencetuskan rasa hiba dalam kalangan netizen ketika kembali mengenang pemergian cahaya mata perempuannya, Nur Aisyah Mariam yang meninggal dunia pada September 2011.
Menerusi entri di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam Mana Cintamu itu meluahkan rasa rindunya terhadap arwah.
"23 Ogos 2008 lahirnya anak syurgaku ke dunia, tiga tahun menanti kehadiranmu, tiga tahun sahaja Allah pinjamkan kamu untuk membahagiakan kami sekeluarga.
"Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancang. Kami reda dalam ketentuan-Mu.
"Semoga Allah pertemukan kami nanti dalam jannah Allah yang sudah tentu pasti. Mama rindu ... Al-fatihah," tulisnya.
Mariam meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri kerana demam berpanjangan.
Selain Mariam, Safura mempunyai seorang anak bersama Shahronizam iaitu Yusoff Firdaus, 8 tahun.
Hasil perkahwinan sebelum ini, Safura dikurniakan dua anak, Nurul Natasha, 24 tahun dan Muhammad Daniel Khaqim, 18 tahun. - Foto: Instagram @safurashah
#Muhammad Daniel Khaqim
#Nur Aisyah Mariam
#Nurul Natasha
#Safura Ya'cob
#Sedalam Mana Cintamu
#Yusoff Firdaus