14 peserta Raja Lawak 7 diperkenalkan

Astro Awani
Mac 30, 2013 06:44 MYT
14 peserta termasuk dari Singapura terpilih untuk berentap di gelanggang Raja Lawak musim ke-7.
Kesemuanya menjalani sesi uji bakat yang ketat sebelum layak menyertai program realiti ini.
14 finalis terdiri daripada 11 peserta berkumpulan iaitu kumpulan Bora, Sakan, Gamat, Taras, Okay, Wala, Tuah, Extra, Ganu, Kintan dan Pahat.
Turut disenaraikan ialah Boy, Emy dan Ali dari Singapura.
Dengan slogan "Takkan Lawak Hilang Di Dunia", Ketua Saluran Premium Astro Nizam Sani yakin peserta kali ini adalah yang terbaik.
Program realiti popular ini juga mengekalkan pengacara musim lalu, Johan dan Zizan Razak.
#Astro #nizam sani #Raja Lawak