13 fakta menarik anda perlu tahu tentang Emma Watson

Kohilah Sekaran
April 16, 2015 15:28 MYT
13 fakta menarik anda perlu tahu tentang Emma Watson - Gambar Fail
Aktres popular Emma Charlotte Duerre Watson atau lebih dikenali dengan nama Emma Watson adalah anak kepada pengacara Chris dan Jacqueline. Berperanan sebagai Hermione Granger dalam filem-filem kegenaran ramai Harry Potter selama 10 tahun, Emma telah menunjukkan kelebihan dan kemajuannya dalam bidang lakonan.
Pelakon cantik itu telah menyambut hari jadi yang ke-25 semalam dan jutaan peminat menyampaikan ucapan selamat ulang tahun kepada Emma melalui media sosial.
Sempena hari jadi ke-25 Emma Watson, mari kita melihat 13 fakta menarik mengenai pelakon tersebut.
1. Nama penuh Watson ialah Emma Charlotte Duerre Watson.
2. Emma dilahirkan di Paris dan menetap di Perancis sehingga berusia 5 tahun.
3. Aset dimilikinya berjumlah RM290 juta (US$60 juta).
4. Uji bakat untuk watak Hermione bagi filem Harry Potter adalah pengalaman pertama Emma dalam dunia seni.
5. Ketika berusia 10-12 tahun, Emma sangat meminati watak Draco Malfroy yang dilakonkan oleh Tom Felton.
" Saya amat meminati Tom Melton sehingga saya melihat senarai kedatangan setiap hari sebelum memulakan kerja, untuk memastikan sama ada dia akan hadir atau tidak. –Emma-
6. Dia memakai pendakap gigi selama empat bulan pada tahun 2014.
7. Dia dan adiknya, Alex Watson, mempunyai rupa yang seiras.
8. Emma adalah seorang penari yang berbakat dan telah mencuba beberapa gaya, termasuk tarian moden dan breakdance.
9. Emma adalah penyayang kucing dan mempunyai dua kucing yang dinamakan Bubbles dan Domino.
10. Ahli muzik yang paling digemari oleh Emma ialah Eric Clapton, Haim, and Lorde.
11. Emma juga adalah seorang pengamal yoga dan pengajar meditasi.
12. Dia hampir menolak tiga filem terakhir Harry Potter kerana tempoh masa yang lama diambil untuk penggambaran filem tersebut.
13. Emma adalah seorang penggemar cokelat Nutella.
#Celebriti #Emma Watson #Harry Potter
;