#10YearChallenge: Nak buat, boleh, tapi ini nasihat PU Amin

Gempak
Januari 17, 2019 12:01 MYT
PU Amin berkongsi gambarnya sekarang (kiri) dan 10 tahun lepas (kanan) ketika masih menuntut di Mesir. - Astro GEMPAK
CABARAN #10YearChallenge yang kini sedang tular di media sosial menyaksikan pelbagai perkongsian menarik selebriti.
Mengimbas semula kehidupan dan memuat naik foto sekitar 10 tahun lalu, pelbagai cerita dapat dilihat.
Berkongsi pandangan berhubung perkara tersebut, kata pendakwah bebas Ustaz Amirul Amin atau PU Amin, tidak menjadi kesalahan untuk berkongsi foto lama.
"Tak salah nak throwback, tapi yang baik-baik sahaja diceritakan.
"Kisah silam yang tak baik haram diceritakan. Kerana Allah telah menutup keaiban diri kita, jangan kita sesekali membongkarnya," tulisnya di Instagram
PU Amin turut berkongsi foto throwback dirinya sendiri sekitar 10 tahun lalu ketika sedang menuntut di Mesir.
"10 tahun lepas. 10 tahun lepas mana reti nak ambil gambar elok-elok. Tak ada potret, yang ada telefon kawan.
"10 tahun lepas semasa tahun 1 di Al-Azhar Mesir. Berat dulu 55kg, berat sekarang 58kg," tambahnya.
#10yearchallenge #cabaran #kisah silam #media sosial #Mesir #PU Amin #throwback #Ustaz Amirul Amin
;