BUSAN: Kira-kira 100,000 penonton dari seluruh dunia menyaksikan konsert percuma kumpulan sensasi K-pop, BTS, pada Sabtu.
Persembahan superstar dunia pada konsert bertema 'BTS Yet To Come in Busan' ini sungguh hebat dan bertenaga, mendendangkan lagu-lagu popular mereka seperti Dynamite, Butter, Boy in Luv dan Ma City pada konsert yang belangsung selama 90 minit di Stadium Utama Asiad, di sini.
Konsert itu turut disiarkan secara langsung khas buat peminat mereka di seluruh dunia.
Bak Mi Jeong, 33, seorang penganalisis alam sekitar yang bekerja di syarikat swasta berpangkalan di Seoul, berkata suasana baik yang dikongsi sepanjang konsert itu sememangnya positif untuk menceritakan kepada dunia mengenai Busan.
"BTS memainkan peranan besar dalam menyebarkan berita mengenai Busan. Saya optimis jika Busan menganjurkan Ekspo Dunia pada 2030, ia akan memberi banyak manfaat ekonomi kepada negara, contohnya dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada lebih ramai orang di sini," kata anak kelahiran Busan itu kepada Bernama.
Bagi Lee Yuna dan Kim Min Gyeong pula konsert itu telah menarik perhatian dunia ke Busan.
"Ia konsert percuma dan sungguh mengejutkan, melihat bagaimana konsert itu mampu memberikan impak besar mengenai bandar Busan. Kami bangga melihat betapa berkesannya mesej yang mereka sampaikan melalui penganjuran konsert malam ini," kata pelajar sekolah menengah dari Seoul itu.
BTS, yang dipilih sebagai duta perhubungan awam untuk bidaan itu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan bandar Busan pada Jun tahun ini.
MoU itu antara lain bertujuan mempromosi bandar berkenaan untuk konvensyen berprestij oleh Biro Pameran Antarabangsa (BIE).
Ekspo Dunia merupakan festival antarabangsa terbesar selain Piala Dunia dan Olimpik.
Penganjuran ekspo itu dianggarkan menyumbang impak ekonomi bernilai 61 trilion won (US$49.1 bilion), lapor agensi berita Yonhap.
Korea Selatan bersaing dengan dua negara lain -- Itali dan Arab Saudi -- untuk menganjurkan ekspo itu, dan pemilihan akhir dijangka diumumkan pada November 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 16 2022
![100,000 peminat hadir konsert percuma BTS untuk bida Ekspo Dunia Busan 2030 100,000 peminat hadir konsert percuma BTS untuk bida Ekspo Dunia Busan 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665878622_WorldMusicAwards.jpg)
Kira-kira 100,000 penonton menyaksikan konsert percuma BTS bertema 'BTS Yet To Come in Busan', yang turut disiarkan secara langsung buat peminat mereka di seluruh dunia, pada Sabtu. - Foto Facebook World Music Awards
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
AWANI Pagi: Cipta Kirana: Kelestarian seni reka teknologi barang kemas
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof Madya Dr. Hanif Khairi, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Muhammad Saiful Hazim Mohamad Affandi, pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM membincangkan mengenai Cipta Kirana iaitu sebuah pameran seni yang menampilkan keunikan dan kehalusan reka bentuk barang kemas serta produk logam anjuran Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Selangor.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
Smart Cities: Making Malaysian Cities Among the World's Most Liveable
Discover key strategies to transform Malaysian cities into global benchmarks for liveability, from smart infrastructure to sustainable urban planning with Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
![Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739413749_FadzliHassan.jpg)
Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan
Persaingan dari bandar di sempadan Thailand antara faktor menyebabkan bandar seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin sepi.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739412628_EricSchmidt.jpg)
Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701934429_TBjenniejpg.jpg)
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
![Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674099648_JinBTS.jpg)
Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera
Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.
!['Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters 'Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696322188_TBJungkook.jpg)
'Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters
Menurut Jungkook, daripada sakit hati memikirkan komen-komen buruk, dia lebih suka fokus kepada golongan yang sentiasa menyokong perjuangan BTS dan karier solonya.
![Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676003911_bts.jpg)
Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental
Banyak lagu BTS menyentuh tema kesihatan mental dan muzik mereka sering bergema dalam kalangan pendengar yang mencari ketenangan.
![BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692953803_TBblackpink.jpg)
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
![Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689498486_Jungkook.jpg)
Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify
Muzik video nyanyian penyanyi berusia 26 tahun itu turut meraih jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
![Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688885751_TBAnakNoraAriffin.jpg)
Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.
![Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686620154_TBbts.jpg)
Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.
!['Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini 'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681813961_TBjHope.jpg)
'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini
J-Hope merupakan anggota kedua yang menyertai perkhidmatan wajib negara itu selepas seorang lagi anggota BTS, Jin.
![Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680944332_TBSugaBTS.jpg)
Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA
Suga menyampaikan rasa teruja dengan menyifatkan pemilihannya sebagai mimpi menjadi kenyataan.