10 sebab tak rugi beli tiket Konsert Mega Gegar Vaganza

Gempak
Januari 16, 2016 16:24 MYT
Penonton telah disajikan dengan 19 buah lagu oleh 14 artis yang terdiri daripada finalis musim pertama dan kedua Gegar Vaganza termasuk juri tetap, Datuk Khatijah Ibrahim.

KONSERT pertama Mega Gegar Vaganza yang berlangsung di Istana Budaya berjaya memenuhkan dewan Panggung Sari pada malam Jumaat.

Penonton telah disajikan dengan 19 buah lagu oleh 14 artis yang terdiri daripada finalis musim pertama dan kedua Gegar Vaganza termasuk juri tetap, Datuk Khatijah Ibrahim.
Ketua juri Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS pula bertindak sebagai pemimpin orkestra konsert.
Konsert Mega Gegar Vaganza dilengkapkan lagi dengan kehadiran Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.
10 sebab tidak rugi jika anda membeli tiket dan menonton konsert Mega Gegar Vaganza:
1. Persembahan pembukaan oleh Nabil dan Jihan Muse sangat bertenaga dan mencuit hati.
2. Persembahan Siti Nordiana tidak pernah 'gagal'. Pada malam pertama konsert (semalam) dia menyanyikan lagu Cinta Hanya Sandaran, Kerana Terluka dan Gurauan Berkasih dengan sangat baik.
3. Lapan segmen konsert membuatkan penonton tidak mahu berganjak dari kerusi kerana lagu-lagu yang disajikan.
4. Persembahan Haiza ketika menyampaikan lagu nyanyian Aida Agil, Segalanya Pasti memukau penonton.
5. Nyanyian Ayai Illusi dan Amir Ukays menerusi lagu Zikir Berkasih, Joget Angan Tak Sudah dan Inang Bujang dan Dara menggamit kenangan.
6. Persembahan Zul Handy Black "awesome" dan Datuk Seri Vida dikatakan berat sebelah oleh Nabil dan Jihan kerana sentiasa meletakkan penyanyi Kau Yang Bernama Seri itu sebagai favourite.
7. Vokal Farahdhiya, Haleeda, Nassier Wahab dan Ezad Lazim membuai penonton. "Macam dalam kaset" kata Datuk Seri Vida.
8. Fazli Zainal dan Nassier Wahab berduet menyanyikan lagu Beribu Sesalan! Fuhh!
9. Duet Datuk Khatijah Ibrahim dan Nassier Wahab menerusi lagu Doa Buat Kekasih, menusuk kalbu! Ternyata Datuk Kat masih berbisa!
10. Acong paling menyerlah ketika menyanyikan lagu Kepadamu Kekasih dan nyanyiannya Layu Dihujung Mekar superb!
Oleh itu, saksikan sendiri Konsert Mega Gegar Vaganza yang dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh pada malam ini (16 Januari) sehingga esok (17 Januari) di Istana Budaya.
Anda pasti akan terhibur dengan persembahan mantap finalis Gegar Vaganza musim pertama dan kedua dengan pilihan lagu-lagu yang menggamit kenangan.
Tiket boleh didapati di www.ticketcharge.com.my.

#Fazli Zainal #Gegar Vaganza #Haiza #Istana Budaya #Jihan Muse #Khatijah Ibrahim #Nabil Ahmad #Nassier Wahab #Pamoga Qu Puteh #Ramli MS #Siti Nordiana #Zul Handy Black
;