10 filem Melayu dengan kutipan terendah

Sinar Harian
September 9, 2018 17:56 MYT
"Bidong the Boat People" hanya mencatat kutipan RM3,000 sepanjang tayangan.

DI SEBALIK kejayaan filem "Hantu Kak Limah" dan "Munafik 2" yang mencuri tumpuan ramai dengan jumlah kutipan tiket tertinggi dalam sejarah industri perfileman tanah air, beberapa filem tempatan pula gagal mendapat kutipan tiket yang baik di pawagam.

Namun harus diingat, filem yang mendapat kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik dan begitulah sebaliknya.
Masing-masing tampil dengan kelebihan dan sasaran yang tersendiri.
Daripada 33 buah filem yang ditayangkan sehingga Ogos lalu, Sinar Harian kongsikan 10 filem Melayu yang mendapat kutipan paling rendah di pawagam:
1. Bidong The Boat People (Mac) - RM3,000
2. Enjin No. 9 (Mac) - RM7,000
3. Qhaliq (Jun) - RM14,000

4. This Is Pilah (Jun) - RM45,000

5. Hantu Wangan (Mac) - RM89,000
6. Badang (Februari) - RM93,000
7. Busker (Januari) - RM96,000

8. Bukan Cinta Malaikat (Januari) - RM127,000

9. Makrifat Cinta (Februari) - RM138,000
10. Blok 404 (Jun) - RM220,000

Sumber: Finas

#filem #FINAS #Hantu Kak Limah #kutipan paling rendah #kutipan tiket tercorot #kutipan tiket tertinggi #Munafik 2 #pawagam
;