1 Februari Hari Hijab Sedunia, boleh disambut? Ini pandangan PU Azman
Gempak
Januari 31, 2020 12:01 MYT
Januari 31, 2020 12:01 MYT
MUNGKIN masih ramai yang belum tahu mengenai Hari Hijab Sedunia yang disambut pada 1 Februari setiap tahun.
Hari Hijab Sedunia merupakan cetusan idea Nazma Khan dan telah mula disambut pada tahun 2013 i 190 negara di seluruh dunia.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita dari latar belakang dan agama berlainan untuk memakai dan mengalami kehidupan berhijab.
Nazma Khan memperkenalkan Hari Hijab Sedunia selepas dibuli dan menjadi mangsa diskriminasi kerana berhijab.
Menurut Nazma, kebanyakan orang menganggap hijab sebagai simbol penindasan. Dengan acara ini, Nazma berharap ia dapat mengubah fikiran orang bukan Islam tentang mengapa wanita Islam memilih untuk memakai hijab.
Nazma Khan
Bagaimanapun, ada netizen yang meragui sambutan Hari Hijab Sedunia ini dan telah mengemukakan pertanyaan kepada Pencetus Ummah (PU) Azman.
PU Azman berkata, sambutan ini boleh disambut dengan melihat kepada konteks asal ia diadakan.
“Jika tujuannya untuk berdakwah, tak ada salahnya. Berdakwah itukan boleh di mana sahaja atau dengan apa cara sekalipun.
“Lagipun menggalakkan wanita menutup aurat itu kan bagus. Tapi seelok-eloknya tutuplah aurat kerana ia kan wajib untuk kaum wanita,” jelasnya sambil berseloroh.
PU Azman berkata demikian dalam segmen PU Azman Nak Cakap di Suria FM, bersama Team Pagi Suria Ajak dan Issey.
Segmen tersebut menampilkan PU Azman mengupas isu agama soal jawab kemusykilan dan permasalahan di kalangan masyarakat hari ini.
#diskriminasi
#Hari Hijab Sedunia
#hijab
#Nazma Khan
#penindasan
#PU Azman
#soal jawab agama
#tutup aurat