Ahmad Maslan dikritik saran pelajar masak bagi elak beban GST

Astro Awani
April 11, 2015 22:57 MYT
Saranan tersebut dilakukan Ahmad di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu. - Foto Bernama
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar.
Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.
Saranan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu.
Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus.
Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.

lepas nie kalau principal nk rampas rice cooker , aku nk ckp ahmad maslan suruh masak. xdak rice cooker xbleh masak kan. hihi

— Shira Nordin (@AdekManehh) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@AshrafAriff Ahmad Maslan briefing GST kat bebudak UiTM, dia suruh students masak. Padahal UiTM tak benar students masak dalam dorm

— Asrul Muzaffar (@asrulmm) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

And aku syark Ahmad Maslan ni tak pernah masuk uni. Mana ada uni yang benarkan students masak kat kolej... -..-'

— ה(@hamdanalias83) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ahmad maslan suruh student U masak jgn mkn luaq utk elak gst. Camna nk masak? bawa periuk pun kena rampas.

— dn. (@haibara_aiiii) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ahmad Maslan suruh students UiTM masak...mana boleh masak kat kolej

— Mohamed Syazwan (@Iwankelate) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ahmad Maslan suruh mahasiswa masak instead of makan luar. First of all..KALAU AKU MEMANG BOLEH MASAK KAT KOLEJ, ISU NI TAK TIMBUL!

— Ke Ai ᵔ (@sofeasoeraya) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ahmad Maslan bagi green light suruh masak tu. Bagi balik woi rice cooker aku yg kena rampas dulu kat kolej!

— Murtadha Mukim (@Tedster27) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Ahmad dalam twit terbarunya sebentar tadi yang ditujukan kepada pelajar-pelajar universiti memaklumkan bahawa perkara tersebut (masak sendiri) pernah dilakukan oleh anaknya ketika menetap di luar kampus universiti.
Malah kata Ahmad sebagai pelajar mereka harus bijak memilih kedai makan yang menawarkan harga yang berpatutan.

(1) UiTM & GST..anak sulong saya belajar di UiTM sblm ke UK. Di UiTM makan di hostel & duduk luar kampus pernah masak sendiri/makan di kedai

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

(2) UiTM & GST: kantin, kafe, kedai makan patut tak naikkan harga sbb bekalan mentah makanan tak kena GST & peniaga boleh claim input tax 6%

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

(3) UiTM & GST: jika duduk luar kampus sesekali masak, bahan mentah makanan tak kena GST atau pilih kedai yg harga patut & bijak berbelanja!

— Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) April 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#cukai barangan dan perkhidmatan #GST #reaksi orang ramai
;